Pages

August 12, 2010

kaki bengkak ketika hamil...oh mann!

ingat x ms mule2 aku rs len mcm ngn diri aku...cewaaaahhh...yela tibe2 kaki aku membengkak mcm org sakit gout pon de...mcm pesakit buah pinggang pn de...kat link ni...tap yg peliknye & menjada tanda ???..nape simptom kaki bengkak aku ni dh jad ms awal kehamilan...selalu mest nk dekat 8-9bulan baru nmpk kaki tu membengkak...tap dlm kes aku ni seawal 2bulan dh bengkak...magik...hahahaha...myb terlebih air sudahhh...

so kat sini aku de tips2 mcm mn nk elak dr kaki tu terus membengkak la kan...


Apa yang anda alami dikenali sebagai penyakit oedema. Ia adalah akibat cecair berlebihan yang terkumpul semasa kehamilan anda. Rahim anda yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena anda. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk.

Malangnya, ianya adalah mudah untuk mengalami penyakit oedema. Ianya juga agak biasa. Namun begitu, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada tangan dan muka anda, panggil doktor anda: Ianya mungkin tanda pra-eklampsia, sejenis penyakit yang serius.





Untuk mengawal penyakit oedema:

• Naikkan kaki anda bila boleh. Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda. Di rumah, cuba baring pada sebelah kiri anda bila berpeluang.

• Pakaikan seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi.

• Minumlah air yang banyak. Yang peliknya, apabila anda kekalkan hidratan ianya dapat membantu badan anda kurangkan penyimpanan air berlebihan.

Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menunggang basikal bersenam.

Makan makanan berkhasiat, dan jauhi sodium serta makanan yang bergaram seperti buah zaitun, ikan bilis dan kacang bergaram.

Serta jangan bimbang. Walaupun rupa buku lali yang bengkak akan menambahkan lagi rasa cemerkap anda, penyakit oedema adalah sesuatu keadaan sementara yang akan hilang sejurus selepas anda bersalin.

haaa hamikk...






Dipetik dari: http://www.babycenter.com.my

L.O.N.A Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign