Pages

July 6, 2011

TIDAK SEMUA IBU BOLEH MENYUSUKAN DGN SUSUAN IBU

Secara lumrahnya, setiap wanita mampu menyusukan bayinya dengan susu ibu, namun tetap terdapat kes yang mana si ibu tidak dapat menyusukan anaknya:

FAKTOR IBU:
  • Menghidap PCOS
  • Mempunyai masalah tiroid
  • Terlalu obes
  • Terlalu stress
  • Tidak mempunyai duktus susu (secara semulaladi atau selepas melalui pembedahan)
  • Pernah menjalani pembedahan payudara
  • Menghidapi hypoplastic breast (payudara yang tidak berkembang selepas baligh)
  • Mengambil ubat-ubatan berasaskan estrogen
  • Menghadapi masalah kecelaruan hormon

FAKTOR BAYI:
  • Tidak pandai melekap (latch) dengan betul
  • Mempunyai masalah tounge-tie
  • Terlalu lemah untuk menyusu

IBU YANG MERASAKAN DIRINYA TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK TAPI SEBENARNYA BOLEH:
  • Mempunyai inverted nipple
  • Tidak mengeluarkan susu pada awal kelahiran
  • Puting buta
  • Bayi tidak mahu menghisap di payudara

Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah di atas mempunyai penyelesaian, dan ramai ibu yang menghidapi PCOS, tiroid, malah hypoplastic breast berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, yakni susu mereka sendiri.

Malah kebanyakan ibu yang menghadapi masalah ini sebenarnya bukan bermasalah dari segi penghasilan, tetapi pengeluaran. Maksudnya ibu itu menghasilkan susu yang banyak, tetapi cara untuk mengeluarkan susu yang tidak berkesan, menyebabkan susu tidak dapat keluar banya, sekaligus ibu merasakan dirinya tidak cukup susu. Apa yang menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan efektif?

Bayi yang tidak dapat menghidap dengan betul – mengalami masalah latching, etc.
Teknik mengepam yang tidak betul – tak kiralah berapa mahal atau hospital grade-nya sesebuah pam susu itu, teknik mengepam yang salah menjadikan susu ibu tidak dapat keluar dengan sempurna sekaligus mengosongkan payudara.
Ibu tidak mengalami let down – kemungkinan disebabkan kekurangan hormon oxytocin akibat stress. Kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak berada dalam keadaan stress : stress sebab sakit bersalin, stress dalam pantang, post-natal depression, stress mahu menyusukan bayi dan sebagainya.
Ibu tidak mengosongkan payudara dengan kerap – bayi tidur terlalu lama menyebabkan ibu membiarkan payudaranya tanpa rangsangan.

Apa yang perlu dibuat sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu?

Kenali masalah diri. Setiap yang terjadi pasti ada sebab musababnya. Mengetahui punca masalah memudahkan kita mencari penyelesaian. Misalnya ibu tidak dapat menyusukan anak kerana masalah stress, maka penyelesaiannya ialah ibu perlu lebih bertenang. Jika stress adalah kerana kekurangan B-Complex maka ibu harus mengambil makanan yang kaya dengan B-complex atau supplement. Jika ibu tidak dapat menyusu kerana tiada duktus susu, kemungkinan untuk ibu menyusukan bayi dengan susunya sendiri adalah amat tipis.
Dapatkan sokongan daripada kumpulan sokongan susu ibu. Adalah lebih baik jika seseorang ibu mendapatkan khidmat nasihat dari Kaunselor Laktasi bertauliah, diikuti sokongan daripada rakan-rakan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Di dalam kumpulan ini biasanya terdapat ibu yang mengalami masalah seperti PCOS, tiroid, exclusive pumper, malah mempunyai masalah yang kita rasa tak logik untuk berjaya menyusukan anak.
Kembali kepada Yang Maha Esa. Setiap kejadian pasti ada sebab musababnya. Apabila Allah menyuruh seseorang ibu menyusukan bayinya (disebut beberapa kali dalam al-Quran), namun apabila terdapat halangan, mengadulah kepada-Nya dengan seikhlas hati. Menyusukan anak bukan suatu ego yang mesti dipertahankan, malah menganggapnya satu ibadah dan lakukannya dengan rendah hati demi memberi makanan terbaik untuk bayi kita.
Mendapatkan ibu susuan (jika mahu). Mengikut urutan, susu yang terbaik adalah susu ibu (direct feeding), diikuti susu ibu yang diperah dan susu ibu lain (ibu susuan).

Mengapakah seorang penggiat susu ibu terlalu positif bahawa semua ibu boleh menyusukan anaknya meskipun si ibu sendiri sudah melakukan macam-macam? Ini demi mengelakkan salah faham kepada ibu-ibu lain yang menghadapi masalah yang sama (rasa susu tak cukup/tak ada). Seorang penggiat susu ibu sebolehnya mahu membantu ibu-ibu bermasalah dalam penyusuan, agar dapat menyelesaikan masalahnya satu-persatu. Sekurang-kurangnya untuk anak yang seterusnya, sudah tahu apa yang patut dibuat. Misalnya jika anak sekarang tidak ada connection dengan sebarang kumpulan sokongan, di masa depan boleh berhubungan dengan mana2 kumpulan sokongan.

Ramai penggiat susu ibu asalnya adalah ibu yang bermasalah dalam penyusuan. Misalnya ada pakar laktasi yang hanya dapat menyusukan anaknya selepas 4 bulan dilahirkan, ada kaunselor laktasi yang tidak pernah direct feed anaknya, dan sebagainya.

Jadi, bina jalinan dengan mereka-mereka ini, sekurang-kurangnya boleh menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus berazam dalam penyusuan ibu.

ni de doa bile kite berhasrat nk BF anak kite.aku harap sgt pasni aku dpt BF anak aku sepenuhnye.aku rs terkilan & kecewa sbb xdpt nk BF Yusuf sepenuhnya...sian dia.aku hanya berserah kat Tuhan supaya aku diberi peluang .


" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

L.O.N.A Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign