Pages

January 6, 2012

BABY LED WEANING

aku dh lama nk try wat BLW ni kat Yusuf...penah dh try tap x selalu...tap aku just bagi biskut or pisang...sbb tu je yg ada...nk rebus2 sayur n buah ni malas lak...mmg dpt mak pemalas si Yusuf ni...tap bile aku tgk org putih ni wat BLW mmg dorng 100% buat kt anak dorng...biar la comot 1 umah...tu la cara omputih didik ank banding ngn melayu...kalu kite ni punye la tatang2 n protect sgt2 anak kite...comot sket x bole la...tap len sgt ngn omputih ni...cehhh..aku bajet nk ikot ala2 omputih la konon...tap seyes cara dorng sgt ok...

berbalik pd BLW ni...ptt nye dr umor 6bulan dh start...tap aku terpk...bby xde gg lg bole ke dia geget2 n kunyah2 makanan tu...x tercekik ke???ekceli x...dr pe yg aku baca sebnrnye ok je bg time2 tu...so aku akn cube start utk BLW kat Yusuf...so kene la rajen kan...

 so korng nk tau pe tu BLW...ni aku de search ttg tu...baca la kalu rajen...hehehehe


Apa itu BLW?

Baby-led weaning (juga dikenali sebagai BLW) adalah satu method memperkenalkan makanan kepada baby dari susu kepada solid food. BLW membolehkan baby mengawal sendiri pengambilan makanan pejal dengan cara "self-feeding" sebagai permulaan kepada proses mengenali makanan pejal. Pada permulaannya hanya sedikit makanan yang akan masuk ke mulut memandangkan pada tahap ini, baby baru hendak mengexplore tekstur dan rasa makanan. Namun jangan bimbang, lama kelamaan mereka akan pandai untuk menelan & menyunyah makanan tersebut.

haaa..amik koo


Bagaimana untuk memulakan BLW?:

Pemberian susu ibu hendaklah di teruskan seiring dengan pemberian makanan pejal dan di sarankan memberikan sehingga baby berusia 12bulan. Walaubagaimanapun direct brestfeeding adalah satu jalan terbaik kearah BLW. kenapa? Ini kerana baby telah terbiasa dengan kepelbagaian rasa makanan melalui susu ibu dan semasa menyusu, rahang baby telah terlatih untuk menyunyah).

Adalah amat sukar untuk memperkenalkan BLW kepada baby yang minum menggunakan botol susu sejak dari lahir. Mereka mengambil masa untuk belajar menerima kepelbagaian rasa makanan & belajar untuk menyunyah.

Pada usia 6 bulan, baby belajar untuk menyunyah & memegang benda, dan inilah masanya yang sesuai untuk memperkenalkan finger food/BLW.

BLW menekankan terhadap penerokaan rasa, tekstur, warna dan bau makanan tersebut. Ini kerana baby itu sendiri akan menetapkan kadar/kuantiti makanan, dan makanan yang mana lebih menarik minat mereka. BLW menggantikan kaedah lama iaitu menyuapkan baby anda dengan puree/makanan yang di kisar dengan menyajikan pelbagai "finger food" untuk dipilih.

Terdapat satu teori yang mengatakan, baby akan memilih makanan yang mempunyai nutrisi yang di perlukan oleh badan mereka dengan cara merasa makanan tersebut.
Baby belajar BLW dengan lebih berkesan melalui persekitaran mereka, dengan membenarkan baby makan bersama ahli keluarga menyumbangkan kejayaan BLW.


Tanda-tanda baby ready for BLW:
Seperti saranan WHO, waktu terbaik memperkenalkan makanan pejal bila baby turn 6 bulan. Baby boleh duduk tegak diatas riba, atau dikerusi makan baby dengan bantuan atau sedikit bantuan.
Syarat-syarat boleh makan seperti yang telah dibincangkan DISINI


Basic prinsip of BLW:
  • Pada permulaan BLW, baby dibenarkan untuk menolak makanan pejal dan akan mempekenalkan di kemudian hari. 
  • Baby dibenarkan untuk menentukan kuantiti makanan yang mereka mahu. Tetapi tidak boleh menambah makanan di akhir sesi makanan especially dengan menggunakan SUDU. (ini untuk memastikan mereka menghargai makanan dan tidak mensia-sia kan makanan dengan membuang ke lantai & untuk memastikan BLW berjaya)
  • Jangan mengesa anak anda untuk menghabiskan makanan mereka.
  • Berikan sedikit minuman sepanjang waktu makan.
  • Selalunya BLW bermula dengan steam buah-buahan atau sayuran, ini untuk memastikan ia mampu dikunyah biarpun baby tidak mempunyai gigi.
  • Jangan sesekali memberikan makanan yang terlarang sebagai finger food ie makanan kekacang.
  • Makanan yang lain seprti oatmeal dan yogurt boleh diperkenalkan dengan membenarkan baby menggunakan sudu sebagai pengajaran makan sendiri menggunakan sudu.

Kebaikan BLW:
  • BLW menyokong perkembangan motor kanak-kanak di kawasan yang penting seperti koordinasi mata, tangan dan mengunyah.
  • BLW menggalakkan kanak-kanak berdikari dan menyediakan persekitaran "bebas tekanan" semasa waktu makan untuk baby & juga ibubapa. Ini kerana sesetengah baby tidak mahu makanan pejal apabila di suap tetapi akan makan dengan gembira jika mereka di benarkan makan sendiri "finger food".

Sila Ambil Perhatian:
  • Ramai ibubapa terbiasa dengan pemberian puree kepada baby di umur 6 bulan kerana dibimbangi finger food akan menyebabkan baby tercekik. Walaubagaimanapun, baby yang mengamalkan kaedah BLW sebenarnya sangat jarang untuk tercekik, ini kerana mereka tidak mampu untuk menolak makanan ke dalam mulut sehinggalah mereka belajar untuk menyunyah. Maksudnya, baby akan belajar memegang benda dahulu baru merka belajar mengunyah. Oleh itu, perkembangan baby yang seiring dengan sistem penghadaman mereka membantu mereka handle makanan pejal.
  • Sebab itu adalah penting untuk memastikan baby dalam keadaan duduk tegak jika mahu menggunakan keadah BLW ini. Jika terdapat makanan yang berada jauh di dalam mulut, secara amnya mereka akan menjerit atau membatukkan makanan tersebut keluar.
  • Ibubapa mestilah berada sentiasa dengan baby di awal pengenalan BLW.

Yusuf pn tau BLW tau...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


    2 comments

    aku pun bagi aje..lantak la nk comot ke sepah 1 umh..mmg bajet cm omputih gk...pdhal aku mmg pemalas..hu3

    hahahaha...omputih la sgt...

    L.O.N.A Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign