Pages

May 22, 2015

KELEBIHAN MINUM TEH HIJAU SETIAP HARI




Apa itu teh hijau??teh berwarna hijaukah?teh ais kah?teh o beng ka?hehehhee…lately aku lepas makan mesti minum teh hijau Bahasa omputihnye GREEN TEA…hehehe…dulu mcm rasa xleh telan je green tea ni…tap bile tgk opismate ni dok hari2 minum aku pon try…kebetulan kat pantry opis mmg de sediakan green tea…so alang2 free aku bedal je la siang smpe petang…

Sebenarnye aku dh lama tau kebaikan kalau amal green tea ni cume malas n sikap yg xsuke kpd air xsedap…teh ais aku minum la uollss…so biasa la kadang2 kite sedar x bende yang sedap2 ni la x baik untuk kesihatan…betol uolls…

Salah satu rahsi lagi yang selalu aku dok baca green tea sgt la sesuai untuk sape2 yang plan utk loose weight...sbb dengan kandungan yang dpt membuang toksin dalam badan kite dan green tea mengandungi 0 kalori uolls...xrugi la klu uolls nak minum brp gelen pn sbb green tea 0 kalori...

Meh aku share pe kelebihan kalu kite amalkan minum green tea ni…

1. Berat Badan.
Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes.
Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung
Para saintis berpendapat, teh hijau  menjaga saluran darah  lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

4. Kanser
Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh  mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5.Kolesterol
Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik  di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6.Alzheimer dan Parkinson.
Teh hijau dikatakan  mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.  Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi.
Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau bolehmemusnahkan bakteria dan virus  yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8.Tekanan darah.
Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan.
Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenangkepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria.
‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit  termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit.
Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.



ni la green tea aku...huhu





May 19, 2015

5 JENIS DIET MALAYSIA




Diet-diet…sume org kalu tengok sume berkejar2 nk diet…supplement or ubat2 pon mcm jual kacang putih mamak tepi jalan laku gile…de yg berkesan 2bulan de yg berkesan 2minggu…2hari pon de..ko mampoo??gile ke 2hari ko boleh kurus…jari jelingking je la yg kurus…huhuhu…sebenarnye rakyat Malaysia kebanyakannye bijak2…mcm2 cara yang dorg wat untuk Nampak kurus or jad kurus..kat sin ink citer jenis2 cara diet yang fames kat Malaysia ni…ni sumber dri Kevin sendri yang menyenaraikan jenis diet yang fames kat Malaysia…jom kite tengok…
.
.
.
.
.
.
.
.

.


1. Diet Atkin



Diet ini memang popular dan kini juga menjadi asas diet bagi produk suplemen Malaysia popular Alpha Lipid SDII. Secara am, konsep diet atkin adalah mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak – proses ini dinamakan ketosis.

Diet atkin membolehkan seseorang turun dengan cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, dan membawa kepada penurunan berat badan. Pada masa yang sama, pengurangan pengambilan karbohidrat akan memaksa badan untuk membuang air dengan banyak.

Pada awal-awal, anda boleh kurangkan 3-4kg seminggu tapi itu bukan 100% lemak, sebenarnya ia lebih kepada pembuangan air hasil daripada pengurangan makanan berkarbohidrat…
Hati-hati kerana kalau anda berhenti diet Aktins dan beralih kepada pemakanan karbohidrat yang lebih “biasa”, berat badan anda naik dengan cepat semula disebabkan water retention. Ini lebih kurang macam “carbo loading” yang diamalkan oleh atlit larian marathon.

2. Diet Detox


Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.

Program 7hari detox bersama Juvanex agak fames gak...hanya 7hari katenye...huhuhu...7hari bukan bole kurus weh...tp dlm ms 7hari segala toksin2 dlm badan tu dapat di keluarkan...


Lagi satu yg agak fames...supplement Shaklee iaitu Herb-Lax...ni mmg super duper detox badan n saluran pencernaan kita...mcm mn aku tau?sbb aku pn de consume mmg tip top meletop time dia detox badan uolls...




3. Diet mengikut jenis darah
Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.

Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. 

Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.



Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

4. Diet seimbang



Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.

Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

Memakan diet yang seimbang boleh meringankan masalah kesihatan termasuk masalah jantung, artritis, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Badan yang seimbang dari segi mental dan fizikal boleh mengakibatkan kecergasan dan kekuatan yang lebih, membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Orang yang lebih aktif dan bertenaga juga dapat menangani lebih baik stress, trauma, kebimbangan dan lan-lain

Walaupun anda makan diet yang seimbang, pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian anda. Kalau tidak, diet seimbang pun boleh menggemukkan.

5. No rice diet



Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata. Sila rujuk article disini terdahulu tentang kalori no rice diet. 

Nasi tidak bersalah tetapi saiz hidangan nasi yang diambil menjadi faktor utama dalam pengawalan kalori seseorang. Menghentikan sesuatu nutrisi dalam pemakanan kita bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak berkesan untuk jangka masa yang lama kerana nasi adalah makanan ruji orang asia.

Mengikut petua diet Kevin sewajarnye mengambil segenggam nasi sahaja...bukan la ko g amik seperiuk nasi...mmg la xkurus...kurus is subjektif...yang penting sentiasa sihat dan cergas...

haaa ko nampak Kevin tunjum penumbuk tu...



KEBAIKAN MINUM AIR LEMON SETIAP PAGI






Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

May 18, 2015

GADJET: STRAVA UNTUK SI PELARI

Strava adalah aplikasi mudah alih yang digunakan untuk mengesan aktiviti olahraga melalui GPS. Aktiviti yang paling popular yg selalu digunakan adalah aktiviti berbasikal dan berjalan.Aplikasi asas adalah percuma tetapi terdapat terdapat beberapa aplikasi di dalamnye adalah berbayar. Kedua-dua atlet amatur dan profesional boleh didapati sebagai ahli dan pengguna strava ni..


Klu sebut strava di kalangan org2 yg sering jogging or cycling dorng mesti paham..sbb apps ni membantu mereka2 ni merekod dan monitor aktiviti dorg…aku jugak salah seorg yg menggunakan aplikasi Strava ni…ye la bajet2 atlit gitu…so aku nak ceritakan komponen2 dlm apps ni…ceehhh mcm pro jek…




HAAA ni rupe ikon strava...korng bole cari kat Google Apps Store...
cth gambar ni utk Iphone aku...



lagi satu untuk gunakan apps ni kat phone korg mesti de internet sbb memerlukan GPS ye...kang penat je lari x dpt nk rekod dh berapa KM korang berlari o cycling... Strava dpt merekod aktiviti korang seperti:
1) laluan or path yg korang lalui...mcm de maps gitu
2) ketinggian or elevation untuk bukit2 yg korang lalu
3) kelajuan berlaria atau berbasikal
4) timing
5) berapa kalori yg korg burn utk stp aktiviti tu


permulaan untuk memulakan aktiviti


haaa ni la kelajuan yg akn di catatkan utk stp KM yg korg lalu

ni pulan mcm challenge plan utk setiap bulan


ok ni contoh larian yg aku telah buat


nampak x kat situ berapa KM, masa, kelajuan dan kalori yg aku burn untuk aktiviti ni...


so apps ni sgt la aku rekemen kat sape2 yg berjiwe sukan untuk tahu tahap pencapaian korang...mungkin makin maju o sebaliknye....





May 17, 2015

REVIVE RETRO RUN 2015

Date:17th May 2015
Venue: Publika, Damansara
Distance: Fun Run 5km

nama larian pon dh rare kan...aku mmg saje je join event ni sbb nama dia retro run...mest best bab retro2 ni mmg la aku suke kan..ekceli first time lari kat sini...ekceli sebenrnye pasni mmg dh x nk amik event yg 5km...klu amik pon tgk event klu mcm best ok la join...







pe yg best event ni...goodie bag sgt la rare...huhuhu...sape yg lahir zaman2 aku mest terint lagi bende2 ni sume...stp peserta yg dafter awal akn diberi rambut afro (wig)...so disebabkan event ni fun run...aku pon meng fun kan diri aku sendri...xpenah dlm hidup lari pkai wig ko...panas jugak la...
lagi satu medal dia pon sgt la rare...cantek gile...len dri yg len...

medal...lawa gile weh






goodie bag yg rare..


kehkehkhe,,,,




May 14, 2015

REVIEW BLOG BY LONA@

Hari ni nak start review blog bg pemenang2 segmen aritu…fuh nebes lak…sebb kene wat research n kaji blog dorg ni baru la kite bole review…silap review mau kene ketuk kepala ngn owner blog…hahahhahaa…firstly, nak ckp time kasih byk2 kepada yg join segmen ni…even x ramai tap terharu sgt…kepada pemenang andai kata de salah n silap time review mohon maap ye…
Tujuan sebenar adalah nak meluaskan lagi kenalan blogger2…semoga kite menjaga silaturahim ni…cewaahhh mcm ceramah agama lak…kehkehkeh…



Mimamimoth

Nama blogger ni ima…dpd profile pic ima baru je tamat belajar…kat blog ima ni banyak tips2 n petua2 yg dia share kat blog dia…waahhh best tu…especially sape2 yg still student n cikgu2 ima de share Bahan2 mengajar…cth:kosa kata, vocab n petua2 kat dapur…lagi satu design blog ima nip on sejuk je mata memandang pinkish2 gitu…so jom kite terjah blog ima kat http://imamimoth.blogspot.com/




♕CatatanHati93♕Story♕

Ok blogger yg ke-2 nama dia Wani berasal dri Pahang…hehehhee…ni based dri profile dia la…klu salah bgtau ye…hehehehe…blog wani sgt la meriah pinkish gitu…pandai dia design blog dia…kalu nak tau wani ni mengambil tempahan untuk membuat design blog cth:banner, header & etc…klu korg berminat nk tempeh apa2 design leh g blog dia…kat sana dia de bgtau cara2 mcm mn nk tempah…lagi satu wanie ni suke join segmen2 dan giveaway…kalu korg nk tau update apa2 psl GA or segmen bole follow dia…ok jom kite ramai2 serbu blog wani kat http://catatanhati93.blogspot.com/



Diari Jejaka Hangat™


waaa....tgk nama pon dh hangat gitu...blogger ke-3 ni satu2 nye lelaki yg menang dlm segmen ni...tgk gambar sehangat nama blog dia...kehkeh...gurau jek...ok nama dia Mohamad Khairil tap selalu dia gelaran diri dia Angah klu dlm blog...dia berasal dri Kedah...haaa klu adik2 manis nk berkenalan leh la g blog Angah...Angah de bgtau pasal dia dia...ala2 bioata gitu...hehehhee...rasanye blogger2 mest dh familiar ngn blog Angah...kat blog Angah byk jugak dia share mcm2 info yg bagus...kalu 
uolls nak tau bole singgah kat blog Angah kat http://www.diarijejakahangat.com/
hangat x???hehehehhee




Miss BaNu StoRy

ok...blog terkahir untuk segmen ni ialah Miss Banu...apa yg menarik blog dia...bile uolls masok de lagu2...hehehhe...fefeling kejap...design blog Banu pon sgt cantek...suke tgk....pe yg sgt spesial ngn blog Banu dia suke review cerite2 Korea...waaahhh byk gile kot cite korea yg Banu review n share...so sape2 yg peminat tegar citer Korea uolls bole je pegi blog Banu...kat situ de list cerite Korea yg dh direview Banu...best kan...hehehehhee...bukn tu je Banu jugak byk share info2 yang sgt bergune...jom kite g singgah blog Miss Banu kat http://mulan-sahbanu.blogspot.com/





so uolls..jom singgah blog dorang ni...best tau...byk ilmu pengetahuan yg kite dapat...semoga blogger2 di atas dilimpah pahala yang banyak sbb byk share ilmu n info yang berguna...

Akhir sekali lona nk mohon maap kalu de salah dan silap k...

May 13, 2015

PEMENANG SEGMEN REVIEW BLOG BY LON@

ok uollsss...ni la pemenang2 untuk segment blog review...pemilihan dibuat oleh Yusuf...kehkehkeh...kite bg dia nombor...dia amik je...so nanti kite akn review setiap blog...
tahniah ye...selamat berkenalan semua...rajin2 la singgah ok...
klik banner kalu korang pon nk review jugak...hehhee



Mimamimoth



♕CatatanHati93♕Story♕


Diari Jejaka Hangat™


Miss BaNu StoRy

JADUAL PERANCANGAN @ TO DO LIST...

sape kat sini yg jadual dia terlalu padat??xkisah la jadual belajar ke kelas tambahan ke kerja ke...setiap apa yang kite buat mesti de perancangan...betol x? baru la kerja2 kite sume dpt dibuat n diselesaikan dalam masa yang sepatutnye... maksudnye kene la sistematik... jangan kejap buat A pastu xhabis g buat B pulak...kalau mcm tu sampai bile nak habis keje kite ni...

perancangan tu sangat la penting...sbb x sume bende n perkara tu mustahak...kadang2 de perkara tu perlu didahulukan berbandng perkara lain...ini lah gunanye Jadual Perancangan ataupon kate omputihnye To-Do-List...

sape kat sini yg mmg selalu listkan apa perkara yang dia kene wat...eh sape kate yg dok umah x perlu bende ni...even kerja2 rumah pon kite kene list kan mana kite nak wat untuk hari ni...pe yg patut kite wat dulu...barulah sistematik orang kata...

jadual ni bukan sahaja untuk budak2 sekolah or kolej...org dh keje mak2 bapak2 pn perlu...baru kite akan nampak berapa banyak lagi kerja2 yg perlu kite selesaikan pada hari2 tertentu...

haaa,,,berderet keje ko nak kene siapkan...hehehhee

ok kat sini lona nak share satu Jadual Perancangan mcm jadual yg dh ready made...sbb sepupu Lona nk cikgu so dia bnyak bantuan mengajar...cikgu kan...ok sape2 yang berminat nk carta/jadual ni bole je download kat sini...

cantek kan??

ok selamat berjadual...hehehehe

MINI COOPER IDAMAN

aku suke sgt ngn satu kete mini cooper nama dia...sbb dia mcm comel jek...tp zaman skang mn dh nk dpt mini cooper mcm tu kan...so pendam je la perasaan aku bak Ziana Zain tu...budak2 skang mest xtau pe rupe mini cooper tu kan...jap share sket...
.
.
.
.

haa...sape penah tgk kete mcm ni??angkat tangan...jgn nak lopong sgt...plg tak pn kite mest selalu tgk kete ni dlm citer Mr.Bean...hehehhee...tp kete dia kaler kuning...nak di jadikan citer...
aku suke sgt la tgk kete mcm ni...klu aku jumpe aku sgt adore ngn kagum mcm org tu bwk Ferrari...tgk ferrari pn aku x batak sgt kan...tp zaman skang ni dh de pengeluar kereta yg design ala2 mini cooper ni iaitu BMW Mini Cooper...tp design dia mmg rare la...suke sgt tgk... tp nak beli dalam mimpi la..rege dia lbh dri RM100k...bole dpt sebijik umah... bagi aku org yg beli kete tu mmg dia dh xtau nak wat pe ngn duit dia...ye la beli kete mahal gitu tap pintu de 2 je..kecik lak tu...
.
.
.
.



haaa ni la rupe mini cooper zaman skang...lawa kan..lawa kan?? angguk la weh...hahahaa


untuk mereliasasikan impian aku utk memiliki mini cooper ni pd awal aku hanya mampu pandang je la...hurrrmmm...xtau bile nak dpt...lagi satu kat Malaysia ni...de satu kete org panggil mini cooper Malaysia...padahal rupe x mcm mini cooper pon...KELISA...haaaa kan dia comel2 mcm mni cooper gak.. so setelah berpk hampir setahun aku pon decide nak modified kete aku tu jd mini cooper...
mula2 aku kene cari bodykit dulu...so aku n gugel kat Mudah.com misi pencarian body kit kete aku ni
then aku jumpe satu mamat ni yg nk let go bodykit GINO dia...waaahh rezeki...full bodykit lak tu...dia jual pn agak murah RM400..dia kasi sume lampu...

aku pon dok beragan kaler pe aku nk cat kat kete aku...aku sgt berkenan ngn kaler mcm ni
.
.
.
.
sesuai la ngn jiwe aku sbg wanita....gituu....ko hado??

so misi mengmodifed kete aku pn bermula...survey kedai ketuk & cat kat area umah aku jek...kejesama dri en.suami pn sgt dihargai sbb dia yg byk dealkan beli bodykit tu utk aku...ye la man to man lagi senang kan...aku ni tau bende nk ada...mcm tunjuk dah de...hehehehhehee....


sebelum






proses cabut n pasang bak kate omputih plug&play







proses nak cat pulak



last skali...jeng...jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaa!!


even kaler x sama mcm aku nak...hurrmmmm sbb en.suami kate kaler tu mahal xde bajet tp ramai org kate kaler ni cantek...waaaaaa...akhirnye cite2 aku tercapai gak...dri  sebelom kawen bru la dpt mereliasasikan impian...padahal bwk sama je...kehkehkeh...ok dh bole tido lena...










May 11, 2015

SEGMEN BLOG REVIEW BY LON@ DAH TAMAT...

Hollaaa…segmen review blog dah pon tamat…waahh seronoknye dpt jumpe kawan2 blogger…sempat jugak Lona blogwalking kat blog uolls sume…ok result blom kuar lagi…sbb lona baru je listkan peserta2 yg join…nk tgk dulu penuhi x kriteria2 yg diperlukan…ceewaaahhh…poyo lak…nway nak say thanks banyak2 kat blogger2 ni yg join segmen lona ni…in case uolls x terpilih ke…xpe bole bw n singgah blogger2 len kan…meramaikan majlis gitu…hehehehe…jom kite before keputusan kuar kite bw n terjah blog2 dorg ni...jom...




May 10, 2015

MILO BREAKFAST RUN 2015

Date: 10th May 2015
Venue: Putrajaya
Distance: 7km

event yang sangat2 ditunggu oleh rakyat Malaysia...hehehhe poyo jek...Malaysia Breakfast ni sempena memperkenalkan sarapan pagi yg fames kat Malaysia...selain promote brg2keluaran Nestle la...event kali ni aku terlepas tahun lepas...so tahun ni awal dh register...ttop pon awal sbb sambutan dia sgt luar biasa...dh semalam aku lari 9to5...hari ni Milo Run lak...berkicap...huhuhuhu...

pe yang best kalu join event ni..ialah goodie bag...meriah uolls...mcm2 ko dpt...tu satu kat event ni lak meriah ngn makanan n minuman especially keluaran nestle...mmg best lakan...dlm event ni de dua kategori 7km & 3km family walk...ramai lak mak2 bapak2 bwk anak depa berjalan2 di waktu di Putrajaya...best...

yg haru nye...di 1km terakhir aku injured...ankle pain menyerang...xtau mcm mn leh...nak jalan pon xbole..kesian..huhuhuhu...terpaksa berjalan lembab gile sepanjang 1km tu...sedih...nsb para medic de...baik je layanan dorg...

so tahun depan jom ramai2 kite join ok...


cedera parah...hehehe

makan la smpe muntah..




medla cute


L.O.N.A Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign