Pages

December 21, 2012

PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG...

Tajuk punye la byk perkataan pantang...pantang larang ms berpantang...pantang btol aku kan...hahahaha...motip??

Kat sini nk share pe bende yg kene pantang ms lepas bersalin...yang aku amik dri Kak Engku...bukan Kak Engku artis tu ye..


Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
Makanan Untuk Berpantang
Ketika berpantang anda ditegah daripada makan sembarangan mengikut kehendak selera. Informasi ringkas tentang pemakanan yang perlu diamalkan sepanjang tempoh berpantang dan perkara yang harus dielakkan dapat membantu.

Berpantang bukan sahaja melibatkan kesihatan, bahkan ia saling berkait dengan amalan pemakanan. Ini kerana dalam tempoh berpantang, badan anda masih lagi lemah malah sakit ketika bersalin masih belum lagi reda sepenuhnya. Mengikut amalan tradisional masyarakat Melayu, ibu-ibu lazimnya diberikan makanan yang mampu mendatangkan sumber darah di dalam badan, misalnya limpa dan hati. Ia bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran berlangsung. Kaedah memasak bagi ibu dalam pantang juga agak berbeza. Masakan lazimnya dimasak dengan cara tertentu yang dipercayai boleh membantu menghilangkan angin dan kurang lemak selain mengecutkan urat saraf yang mengembang.


Terima Kasih

December 20, 2012

WELCOME TO MY WORLD

lambat nk update psl 2nd baby aku...haaaa...perjalan n cite ms nk bersalin aritu punye la complicated...dh masuk kuar balik pastu mcm2 la...nnt de ms aku cite pengalaman bersalin anak kedua ni...alhamdulillah setelah lama tunggu nak kuar2 akhirnye aku selamat melahirkan anak lelaki...7/12/2012 pukul 7pm...siap hujan turun renyai2 lag tepat dia kuar...syahdu gitu...

selamat datang ank mommy...abang Yusuf de geng nak main pasni...aduhhh xlarat...nnt kite sambung...aku banje gambar satu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Terima Kasih

November 28, 2012

KANDUNGAN KALI KEDUA

Pasan x aku jarang cite psl 2nd peknan…hehehe…what?xsuke?ep2…jaga2 sket mulot tu cik kiah…bkn la x xicted…meh la aku cite skali lump sum since entry yg aku reveal ms aku dpt trace aku peknan utk 2nd time… ni dh masok 10bulan ni meh la aku cite pe yg aku rs n jadi sepanjang 2nd peknan ni…(*mode smbil usap perot)…cehhh…

Lps aku dpt tau aku peknan kali kedua…byk gak mulot2 yg bg pendapat la pe la…kdg2 nek letih…de yg ok tu ok la de yg x ok tu de la…tu yg nk rs pelempang doploh kali…

“eh cepatnye pregnant…nampak sgt xpandai”
“mmm…sian Yusuf x dpt nak bermanja lebih…mest kurang kasih syang nnt”
“eh kan kene jarak 2tahun…ni Yusuf kecik lag xpuas dia nak manja2”

Ellooo…ko dh kenapa…ko key g jaga anak aku…hahahhaha…ni kalu yg jns2 bad mouth…de jugak yg happy mengalah aku mcm dia lak ygpeknan…so far mostly yg bg good impression dri bad impression…so ignore je la…perot aku badan aku…most important anak aku…cian baby…hhuhuhuhu

haaa napak x gmbr terkini...


Teringat lagi 1st time en.suami tahu aku peknan lagi…dia terus termenung n dia terus call FIL aku smbil nangis (ehhhh…asik cewek je dia ni tau)…dia bgtau mcm mn la agaknye cukup ke nnt…n aku tabik FIL aku…terus dia cakap…  “Allah xkan membebankan umat dia sekadar dgn kemampuan umat Dia”…fuuhhh sejuk ati aku dgr…yup in the end kite kene berbalik ngn pegangan kite…mostly mak2 yg x ready selalu jad cuak 360’…ingat la setiap anak tu de rezeki dia…cume kite xtau…

Lagi satu yg aku dok pk is financially…adakah sume akan cukup…sedgkan sorg pon cukup2 jek…insyallah rezeki Allah tu luas…mest Allah akn bgi jalan kat kitorg…Allah xkan bg kitorg baby kalu kitorg x mampu…yes…kitorg mampu…even xdilimpah harta benda n harta karun pn…insyallah terjaga makan pakai anak2 we olls nnt…

nampak x babybump...5bulan dah

Untuk peknan kali ni…aku rs mcm penat sgt…rs letih…xsama mcm mms 1st dlu…yela masa 1st dlu bodykite msih kuat zat n nutrient pon msh byk lg dlm badan…so bile dh beranak…zat2 pon berkurangan…nak2 lak factor umor pnm akin meningkat…sepanjang g cek-up berat aku xnek sgt ms Yusuf dlu…menten jek…bby pon xbesar sgt cume badan aku je yg mcm badang…hahahahaha…

Utk peknan kali ni aku berazam nk BF anak aku sekurg2 6bulan full...mmg ms Yusuf dlu aku x berjaya langsung nk BF...bile aku dpt tau je aku peknan lgi...aku terus mulakan misi aku di en.gugel n research...dri A smpe Z aku gali...kalau Plan A x berjaya kene de plan B...insyallah yakin boleh!!
Setiap orang ada perancangan masing-masing, tahu kemampuan masing-masing dan tahu apa yang terbaik untuk diri masing-masing...Kau plan nak jarakkan anak setiap 5-6 tahun, atau kau memang nak anak seorang dua je...you may go ahead with your freaking plan tak perlulah nak question perancangan dan rezeki orang lain seolah-olah kau yang paling pandai merancang dan semua orang patut ikut cara kau....huhh annoying....to my bby bump...duduk dlm jgn notty2...u will be the happiest moment that mommy will have...daddy+abang Yusuf pon xsabar nk tggu bby kuar...




Terima Kasih

November 6, 2012

Fadzilah Kamsah - Selami Jiwa - Jozan - Bahana Laman Sosial


Terima Kasih

August 27, 2012

hai selamat hari raya...:)


Terima Kasih

July 30, 2012

muffin chocolate chip...

mode ari ni mode nk wat kek la cookies la...kali ni nk try wat muffin...kegilaan terhadap muffin Kenny Roger membuatkan aku semangat nk wat muffin utk 1st time neh...fuhhhh2!!...kasi jampi sket bagi jad...huhu google punye google aku dpt byk resepi nk wat...so aku cedok 2-3resepi yg mcm senang...kali ni nk try resepi ni dulu...try n error kalu x jad de back up resepi len...k ni resepi nye...

Bahan-bahan (22 biji) :

Bahan A :
3 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 ¼ cawan gula kastor
5 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
½ cawan campuran cokelat chip coklat dan cokelat chip putih

Bahan B :
2 biji telur
2 cawan susu segar
½ cawan minyak

 Bahan C :
Cokelat chip secukupnya - untuk taburan Muffin cup secukupnya

caranye...aku campur bahan2 yg kering (A) bg sama rata...pastu masuk bahan basah (B) lak kat magkuk len gaul2 jugak...pastu campur sume...gaul2...wah mcm senang je kan...hahahahaha...

aku rasa kali ni punye mcm xjadi...sbb dia xkembang ke mmg dia mcm ni...mmm...xpe pasni aku try resepi lagi satu...tap rasa dia not bad sbb aku letak choc chip byk gile...sedappp nyeeee....
Terima Kasih

July 20, 2012

Lelaki vs Pompuan yg perlu kite tau...

Anak sulung anda perempuan dan anda tidak mempunyai banyak masalah misalnya mengajar dia membaca dan dia juga ikut arahan anda tanpa banyak membantah. Bagaimanapun, situasi ini tidak sama berlaku pada anak kedua anda, lelaki. Dan anda mula membanding-bandingkan si adik lelaki ini dengan kakaknya.

Karakter mereka jauh berbeza dan anda mendapati lebih lelah kala mengajar si adik! Kesannya, ramai ibu yang menganggap anak lelaki mereka itu tidak dengar kata, nakal, kurang gemar belajar, banyak bermain dan kurang tumpuan kepada sesuatu perkara.

Pa&Ma membawa para ibu mendalami karakter anak lelaki dan perempuan. Ini penting bagi memastikan para ibu memahami karakter mereka agar dapat mendidik si hero kesayangan dengan cara lebih berkesan. Ingat, jangan samakan anak lelaki dengan anak perempuan!





Perbezaan ketara antara anak lelaki dengan anak perempuan :

Lelaki
• Anak lelaki sangat suka memerhatikan pergerakan tubuh manusia. Mereka menggemari sesuatu yang dinamik dan anak lelaki lebih cepat pandai berjalan.
• Sejak dari kecil, jika diperhatikan bayi lelaki lebih kerap menggeliat, menendang kakinya dan bergerak lebih aktif berbanding bayi perempuan.
• Anak lelaki lebih mudah tersentuh hatinya berbanding anak perempuan. Memujuk anak lelaki yang menangis adalah lebih lama berbanding anak perempuan.
• Anak lelaki juga lebih menyukai kehadiran orang lain, terutama kelompok yang seusia dengannya. Tidak hairanlah, apabila menginjak dewasa mereka gemar membentuk persahabatan secara berkumpulan.
• Dalam satu kajian yang dilakukan kepada bayi berusia 3 hingga 12 bulan mendapati, bayi lelaki lebih pantas memberikan respons positif kepada suara-suara keras. Manakala bayi perempuan pula menunjukkan reaksi takut bila mendengar bunyi-bunyian yang agak keras dan garang itu. Ini jelas membuktikan bahawa anak lelaki lebih berani berbanding perempuan.



Perempuan
• Walaupun baru lahir, bayi perempuan akan cuba menjaga kontak mata dengan ibunya. Dan dalam komunikasi pula, anak perempuan lebih cepat mengeluarkan kata-kata pertama berbanding anak lelaki.
• Lebih bijak menggunakan tangannya. Jadi tidak hairanlah apabila anak perempuan dilihat lebih cepat bermain dengan pelbagai alat permainan maenggunakan senduk dan garpu walaupun dalam usia yang terlalu kecil dan lebih cepat mampu menulis dengan rapi.
• Anak perempuan juga lebih peka mengesan suara atau bunyi-bunyian. Anak perempuan lebih tertarik dengan suara manusia berbanding bunyi lain. Cuba anda bunyikan loceng kepada sepasang bayi berlainan jantina. Anda tidak dapat melihat perbezaan yang jelas antara respons bayi lelaki degan bayi perempuan. Tapi, cuba anda mengeluarkan suara seperti sedang berbual. Bayi perempuan akan menunjukkan minatnya untuk berbual dengan anda.
• Anak perempuan juga lebih tertarik untuk memerhatikan wajah seseorang, khususnya wajah lembut para ibu. Mereka lebih bijak membaca emosi orang lain.



Keperluan Si Anak Lelaki
Dalam budaya masyarakat kita hari ini, anak lelaki sering dinasihatkan agar tampil berani, selalu menang dan tidak boleh menangis. Jadi siapa yang harus disalahkan jika si anak lelaki bersikap agak kasar dan lasak? Sebagai ibu bapa, anda boleh menyampaikan nilai-nilai yang ingin ditanamkan dalam diri anak anda secara tidak langsung atau secara perkongsian pengalaman.

Awalnya, anak lelaki memiliki sikap terbuka yang sama seperti anak perempuan. Sebenarnya nilai-nilai positif mudah disampaikan kepada anak-anak yang masih kecil. Contohnya, ketika anak lelaki anda sedang bersedih, anda boleh mendekatinya dengan berkata; "Kenapa abang sedih? Ibu rasa lega kalau abang nak berkongsi masalah dengan ibu. Mungkin ibu boleh tolong?"

Hanya dengan dialog sedemikian, anda boleh mengenali emosinya sekali gus mengajarnya untuk saling berkongsi. Persiapkan anak lelaki anda untuk menghadapi pelbagai tekanan sosial sepanjang hidupnya, terutamanya yang berkaitan dengan tuntutan masyarakat agar senantiasa menjadi individu yang tegar. Jadi, penanaman nilai-nilai positif ini harus terus diperkukuhkan sehinggalah si anak dewasa.

Secara perlahan-lahan buka peluang kepada anak lelaki anda untuk berbicara tanpa dibayangi sikap terburu-buru. Mungkin anda boleh mengambil kesempatan untuk berbual sewaktu anak anda baru pulang dari sekolah atau sewaktu menghantarnya ke sekolah.

Rutin ringkas ini akan memberi kesempatan kepada anak lelaki anda untuk belajar bersikap terbuka.

Keperluan Si Anak Perempuan
Sikap saling berkongsi antara ibu dengan anak perempuannya menunjukkan langkah awal memupuk keakraban.

Kemampuan khusus anak perempuan atau ibunya untuk mengekspresikan perasaan-perasaan akan membantu mereka menjadi dekat antara satu sama lain. Anak perempuan akan mendapat pengalaman secara langsung dari ibunya dalam menghadapi pelbagai persoalan, seperti mengendalikan klik-klik sosial, meraih simpati orang lain dan sebagainya.

Sewaktu tahun-tahun pertama, ketika si manja sedang membangun identiti diri mengikut kesesuaian jantinanya (biasanya antara usia empat hingga enam tahun). Anak perempuan akan mengamati setiap gerak-geri ibunya sehingga dirinya boleh tampil seperti ibunya juga.

Biasanya masalah akan muncul jika proses identifikasi berlaku begitu kuat. Ini akan menyebabkan si ibu beranggapan dirinya benar-benar mengenali puterinya itu secara luar dan dalam. Akibatnya, si ibu tidak boleh lagi menjadi pendengar yang baik.

Ketika anak perempuan meningkat dewasa, pemerhatiannya akan berubah menjadi kritikan. Sebagai ibu anda tidak boleh silap dalam menilai kritikan yang disuarakan oleh si anak. Anak perempuan anda gemar menilai apa sahaja yang dilihat salah pada pandangan matanya. Dengan melepaskan emosinya kepada si ibu, anak perempuan berharap ia boleh difahami.

Didikan Anak Lelaki Dan Perempuan
1. Memang ada perbezaan ukuran bahagian otak antara anak lelaki dan perempuan. Faktor inilah yang mempengaruhi cara kerja otak mereka, misalnya pada kemampuan istimewa dan bahasa. Anak lelaki cenderung diam ketika mempelajari sesuatu, sementara anak perempuan pula lebih mudah faham jika melakukannya sambil bercakap.

2. Mengikut penelitian yang dilakukan oleh penulis buku Boys and Girls Learn Differently!,Michael Gurian, anak lelaki memiliki lebih sedikit saraf yang berhubung dengan emosi jika dibandingkan dengan anak perempuan. Kebanyakan anak perempuan lebih sensitif berbanding lelaki.

3. Secara psikologi anak di usia yang masih muda telah pun memiliki kesedaran dalam memilih permainan kegemarannya. Apabila dihubungkan dengan struktur otak dan saraf, anak perempuan yang lebih peka secara emosi berbanding anak lelaki akan memilih permainan yang memungkinkan dirinya berinteraksi, seperti anak patung. Sebaliknya, lelaki lebih tertarik dengan mainan yang berunsur kekuatan dan persaingan, seperti bermain bola atau ‘perang-perang’.

Namun, jika si anak memilih permainan di luar tradisi, ibu bapa tidak perlu bimbang. Bukan salah pada permainan yang tidak sesuai dengan gender si anak, tapi ibu bapa perlu mengajar si anak agar memahami tentang identiti seksualnya.

sumber: http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/lelaki-vs-perempuan-apa-yang-perlu-anda-tahu-1.36160
Terima Kasih

July 4, 2012

oh...aku terpegun

skang ni mode2 org kawen kan...artis la...kawan2 la...jiran la...ex-madu la...opppss...hahahahha...skang ni patern gmbr kawen sume gempak2 kan...smpe kdg2 bukan tgkap gmbr pengantin pon...gmbr kasut la...kerusi la...bunga la...sape yg kawen sebenrnye...tap tu la kreativiti photographer skang...mcm2 skill...amik gmbo kat LRT la,bukit la,sawah la,laut la,pondok la...(eh tu aku la...kekekeke)

so bile tgk bende2 ni sume...mode nk imbas2 kenangan lama aku kawen dulu...tap gmbr aku x segempak meke2 tu...sbb photographer aku bangang...hahahaha...ya ampuuunnn...yela sedih tau klu nk ingt balik kes photographer aku tu...

mode nye bile aku tgk gmbr kawen Irma...sejuk mate mak memandang nokk...even dh sah nikah masih nmpak rs malu dia...hehehe...



haaaa...sopan santun gitu still rasa mcm malu2 even dh sah nikah...tap cube tgk zaman skang...mcm xde segan silu lgi...even dh sah pon mest la tunjuk manners yg sopan as pengantin especially pompuan n bertudung...tap xpe la tu hak meke...ni de gak minah yg x malu n sopan...sengeh manjanggg...huhu




Terima Kasih

June 24, 2012

dia suke ayam la...

haaa...pe punye mak la aku ni...rupenye Yusuf suke sgt ayam...dia leh hbs kan 1 drumstick ayam...aku x sedar pon dia suke ayam...dah dia x bgtau...kekekekeke...

mommy nk skettt??


xboleee...


Terima Kasih

June 21, 2012

Puting Leper (Flat Nipples) dan Puting Tenggelam (Inverted Nipples)

citer psl BF ni....aku nk share pengalaman aku ms 1st pregnant dulu...dukacite dimaklumkan ak xberjaya utk terus BF Yusuf...ms tu perasaan hampa gile...yela mcm2 persediaan n peralatan aku dh sediakan konon nk berBF...tap BF is not easy as u see...perlukan ilmu n skill yg tinggi...

masalah aku time ni...bile aku alami masalah Inverted Nipple (Puting Tenggelam) kedua2 breast aku...ms dlm peknan mcm2 cara dh buat...laki aku pn dh tlg buatkan...tap x berjaya jugak...wakakakakaka...so bile Yusuf lahir je...dia totally reject breast aku..myb sbb inverted kan...aku dh push sume cara tap dia ttp reject...so aku amik jln len ngn pump je la susu aku...bese la ngn perasaan stress+kecewa+sedih ank xnk BF susu aku semakin berkurangan di tambah lak Yusuf xnk DF...lama2 susu makin kurng...aku pon stop bg susu badan ms Yusuf 2bulan...kecewa tu Tuhan je tau...bile tgk org len BF aku jeles sgt2...dan rs rendah diri tu sgt menebal rs aku mcm wat dosa besar je...tap aku think positif...

kat sini...de org kate even kite inverted kite still leh BF bby kite...so aku nk share artikel yg aku amik dr blog sini....dlm blog dia ni byk knowledge dia bg psl BF...

Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namun fungsi payudara tetap telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. (Kerana dari situlah kita dikategorikan sebagai mamalia).
Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tenggelam (inverted nipples) boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.

ilutrasi


keadaan flat dan inverted nipples

Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?
Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.

Tenggelam.
Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?
Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Ibu-ibu perlu:
  1. Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
  2. Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
  3. Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran). 
  4. Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
  5. Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan. 
  6. Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
  7. Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).
  8. Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.
Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Ingat! Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Terima Kasih

June 19, 2012

Luqman...Khas utk ibu bapa..

 Selama aku peknan since Yusuf dulu...aku selalu amalkan surah Luqman utk bulan 1-3...kdg2 aku just baca terjemahan dia...n maksud dlm surah betul2 bergune utk kite as a parents.Dalam Surah Luqman ni byk doa2 yg kite leh amalkan utk anak2 kite...cewaahhh anak2...mcm ramai je...Alhamdulillah...berkat aku amalkan membaca surah ni...Yusuf sgt menyenangkan aku since dia dr bby smpe la skang...tido senang+pandai bwk diri+indiependant+xbyk meragam(cume klu demam je dia rengek2)...so far ramai org2 sekeliling aku puji dia ckap dia baik...alhamdulillah...harap berkekalan hingga dewasa nnt...ms aku peknan dulu aku risau sgt aku xpandai jg ank aku...dr pe yg aku dgr n tgk org2 sekeliling aku...mcm stress gile je jaga ank...de yg ank x tido smpe 2-3pagi+xleh lekang/jauh dr mak dia+mak ilang dia nangis...alhamdulillah Yusuf ank yg senang dijaga...x stress spt yg aku tgk n lihat dr kanak2 yg len...


so...bile aku google aku jumpe gak org yg sependapat ngn aku bahawa surah Luqman ni mmg khas utk ibu bapa especially ayah/bapak/daddy/papa...sbb dlm surah ni Nabi Luqman byk berdoa utk ank dia..ni aku petik dr blog wardina..agar menjad renungan kite semua...wahhhh...entry kali ni ala2 ustazah pilihan jek...wkakakakakaa...
 Lesson No. 1
"Wahai anak kesayanganku" - notice how a parent should address their children.. 1. Wahai 2. anak 3. KESAYANGAN.
I pun setakat sayang je. "My dear MOST beloved"... is what we should say, let us pay particular attention when addressing our children.
Back to lesson no. 1 - my dearest son - Its the AQIDAH - Jangan syirik kan Allah! This Aqidah is the foundation..yes no doubt it starts way early when we teach them the syahadah without them knowing its meaning, when we say Allahuakbar... when we say Allah created the starts, the moon the trees and babies... starts from the parents semua tangkal, tali tu buanglah dari anak. Jangan bawa jumpa bomoh.
PERSOALANNYA - But when the child is around 8 - 9 years- do we sit with them seriously, (panggil anak and tell them, ada sesuatu yang sangat penting abah nak bagitau -ONE ON ONE) and say "Wahai anak kesayangku" "Jangan sekali-kali syirikkan Allah" Allah is the Only God jangan sekutukan Allah dengan yang lain, tiada yang lebih berkuasa dari Allah, tiada orang, tiada benda, tiada wang."
Allah itu satu, tanamkan dalam hati tanamkan dalam diri - "ingat pesan abah NI sampai mati dan kalau abah tiada lagi"... (maunya budak tu tak ingat, katalah dia buat jahat, satu hari akan terdetik dalam hati dia, memori dengan abah duduk berpesan akan dikenang kembali).
"Yes Surah Luqman sebenarnya khas untuk bapa-bapa, kerana bapa mungkin kurang 'naluri' dan "instinct" mereka - This is the surah for you, read it, use it, because its ultimately your responsibility and you will be questioned Dearest Beloved Fathers..."
Lesson No. 2
Berbuat baik kepada kedua orang tua. Apa lagi nak dikata..terang, bersuluh dan nyata...
Lesson No. 3
Ayat 16 - a reminder to them and to us - setiap apa yang dibuat anak kesayanganku "walau sebesar biji sawi akan Allah nilai - kita tak boleh bersembunyi" Allah sees us, everything and anything we do...
(the problem now, zina, buang anak - semua kerana tiada konsep Allah melihat). Salah siapa? kalau ibu bapa tak pernah ingatkan, bukan???
Lesson No. 4
Dirikanlah solat, larang perbuatan mungkar (kalau kawan kita buat benda jahat, kata "jangan" BUKAN IKUT!) Sabar sayang, bila tibanya bencana! Sabar sayang, semua orang akan tempuh masalah dan dugaan... but do we get them ready to face challenges in life?
I'm crying while typing...
Lesson No. 5
Ayat 18 - JANGAN SOMBONG sayang! Jangan mendongakkan muka mu degan sombong di muka bumi ini walaupun ada ferari :). ramainya orang kaya sombong... JANGAN sayang..kerana harta, rupa atau ilmu.... Jangan sayang! Hormatlah orang lain... walau siapa pun kita...
saya kenal orang yang sangat terasa bila dia datang ke rumah seseorang, "tuannya" tak pernah senyum, buat tak tahu... kenapa? sombongnya terdetik dalam hati saya.. kenapa? adakah kerana kamu rasa lebih hebat atau istimewa? tak perlukan orang lain? tak perlukan keluarga?
Lesson No. 6
Bila berkata sederhanakanlah suara..jangan kita bercakap dengan suara yang besar, kerana mahu tarik perhatian...jangan sayang, jangan!
Sambungan ayat mengenai melihat keajaiban alam, "lihat di luar sayang" - malam dan siang, alam yang luas terbentang..siapa yang menciptanya sayang... tenung alam sambil diam...tak mungkin ada yang lain menciptakannya selain Allah... ingatkan mereka "kalau sudah lupa, pandang saja ke langit, ingat pesan abah dan pasti kehebatan Allah akan kita ingat kembali".
What a lovely surah...
To me it means this (one day set a date and time with your child - tell them before hand like 2-3 days earlier - I have something special and important to let you know dear. Something big that you have to remember, I'm only telling you because you're already BIG, this is not for little children, and you have to remember this forever and ever and ever.... Tanya anak tu... nak tau tak? Mesti dia kata nak kan.. penyibuk dan curious most of them. Ok, kata tunggu dulu. Bagi dia excited nak tau apa benda la abah nak pesan ni. Take them somewhere (tapi berdua saja) sampaikan pesanan itu.. and then after all the pesanan..bring them out... look at nature..(the following part about alam - encourages critical thinking, asking the child to THINK - LOOK at this world...)
Now I have an idea of doing this - go camping the two of you...and use this, say it... a special moment for FATHER and CHILD...that INSYAALLAH WILL BE ENGRAVED IN THEIR MEMORIES FOREVER...
and NO this is not a matter you can ignore. IT HAS TO BE DONE and IT IS SERIOUS... Demi Aqidah anak-anak Muslim yang sudah parah kebanyakannya... if only all fathers menyampaikan pesanan Surah Luqman ini buat anak mereka...

Ringkasan yg dpt dibuat ialah:
1.      Menjadi anak yang beriman pada Allah dengan sebaik-baik mungkin
2.      Menjadi anak yang hormat dan taat pada ibubapanya
3.      Berbuat baik pada masyaraka
Terima Kasih

June 13, 2012

wordless wednesday...


Terima Kasih

May 27, 2012

HAPPY BESDAY QISTINA & MELISSA

sape qistina & melissa ni??ekceli anak kak riena...sape riena?kwn akak aku...so aku terjebak skali la kene ikot dia sampe ke Melaka...meriah uoll besday anak dia...bese la anak ado2...meriah la jadinye...siap de swimming pool time...tp xkose la aku nk dok mandi swimming pool tu...

anyway...happy besday qistina & melissa...




ni jepp si laki riena...gojes ko..
















nie la kak riena...


Terima Kasih

May 19, 2012

ZOO NEGARA



Zoo…pe itu zoo?

Bile kali terakhir korg g zoo??aku rsms kite sekolah x pon ms tadika je kite pegi zoo kan…sape2 yg xtau zoo ni pe…zoo mcm satu taman yg khas untuk binatang2…atau lebih dikenali Zoo Negara…gitu…

Ok la kitorg xde mende nak wat hari tu….kebetulan Tadika mama de lawatan ke zoo…so kitorg pon folo la…then yusuf pon xpenah lagi jejak kaki dia kat zoo…so is the best time nak bawak dia…adoii penat x terkata…pusing satu zoo ko…mampoo??

Ok sape2 yang nk tau berapa tiket dia n lebih lanjut pasal zoo…bole la g webitedorg kat sini…kat sini korg akn dpt mcm2 info psl zoo Negara…xyah la aku berjela2 nak tulis pasal zoo…website dia pon menarik siap de bunyi2 binatang mcm dalam hutan...

So sape2 yg de anak2 kecik ke ank buah sesuai la bwk dorg p zoo…kenalkan kat budak2 binatang2 yg terdapat kat Malaysia ni…xrugi pon…pengalaman tu yg penting…





MAIN ENTRANCE


ZIRAFAH...


GAJAH SHOW
















Terima Kasih

May 7, 2012

Maybank Gold Investment Account

sape yg tau psl investment dlm emas ni?aku rs dh glamer skang ni...cume nk de byk wit ngn x de je...mcm aku skang...aku dh bukak 1 account Maybank Gold...kenapa aku pilih Maybank??nape x pilih Public Bank Gold ke atau pelaburan emas2 yg lain kat luar tu..jawapan dia senang je dek non...sbb tu je yg aku mampu...kekekekee...kire ok la kan...dr xde....mcm Maybank ni...minimum nk bukak akaun dia 1gram berbanding investment yg len...minimum de yg 10gram-5gram...mn nk cekau duit dek non...

lg satu Maybank ni plak kalu kite nk beli/tambah emas pon minimum dia 1 gram...xmcm yg len kene 2-5gram plg2 koman pon...so utk org golongan mcm aku ni...mn yg aku mampu tu la aku try...lgpon mcm Public Gold bile kite beli emas dia akn bg kat kite seketul bentuk fizikal emas...so pandai2 la ko simpan n jaga emas tu btol2...kalu tercalar sket emas ko tu bank dh xnk beli...xlaku katenye...then Maybank lak len dia more mcm pass book account...bile beli emas tu aku xdpt seketul emas tap bank yg simpan kan emas dlm bank....cume update kat buku dia la...mcm kat bawah ni rupe pass book account dia..

then dlm buke tu dia akn update berapa gram je yg ko dh beli...kalu de 3gram....dia tulis la 3gram...aku xtgkap la dlm buku tu...malu la nk tjuk de bape gram...kihkih...then bile korg nk jual balik emas tu minimum kene tggal dlm buku tu 1gram...

mcm mn lak cara kite nk jual/beli emas?time bile?harga bape?haaa...stp hari Maybank akn update berapa harga emas tu...beli/jual...selalunya org akn beli time harga emas tu rendah @ jatuh...korng leh tgk kat sini kalu nk tau harga emas semasa kat Maybank berapa...lagi satu utk investment mcm ni kite xkan dpt interest dr yg kite beli tu sbb emas ni harga dia semasa ke semama akn meningkat...

so kesimpulan kat sini...pelaburan/simpanan jenis emas ni amat sesuai utk jangka masa yg panjang...bygkan skang ni kite beli harga rendah...10tahun akn dtg kemungkinan meningkat2...tap terpulang la kat individu masing2..kalu de yg byk duit mereka akn pergi melabur kat emas yg lebih mahal...so mcm aku ni,ni je yg aku mampu setakat ni...lagipon ni salah satu cara aku nk wat koleksi emas aku...sbb aku x suke beli emas dlm bentuk fizikal mcm cincin ke rantai ke gelang ke...

ni saje nk share pengalaman aku buka Maybank Gold Investment Account...bukan nk promote pon...tap klu nk tau lbh detail korng g sndri la kat Maybank tu ataupon g link sini...:)




Terima Kasih

May 1, 2012

how i meet ur daddy?-PART II-

nk sambung kesinambungan dr cite part I...mommy nk cite lps dr break ngn daddy tu...we all x contact each other...mommy ngn hala tuju mommy,daddy xtau la mcm mn...mommy pon kapel ngn org leh...budak sekolah teknik ms tu...kebetulan nama dia pon sebijik sama ngn daddy...waaaaa...saje je kan nk bg ingt kat daddy...tap mommy ngn dak tu pon x lama...sbb mommy xleh lupekan daddy...ujung mommy form 4 we all break...punah ranah jugak la hati dak laki tu...sian mommy tgk...jahat plak rasanye...then ms we all form 5 mommy n daddy jumpe balik...then kapel la balik...kali ni bahana cinta we all ya ammmpuuunnnn...hangat la sgt...xtau nk ckp...dh besar kan...ms ni daddy dh matured sket..daddy dh pandai amik ati mommy...selalu bg mommy present n macam2...mommy dh x mcm dulu yg terkejar2 ngn daddy...hehehehe...suke plak..

then ms tahun ujunng 2003...we all break lgi...kali ni mmg mommy plak dh xde hati kat daddy...xtau la nape...sedih jugak daddy ms ni...ms tu mommy blaja kat poli Johor...tap daddy mcm cool bile mommy nk break...sampai la tahun 2005 we all jumpe balik...tap ms ni nk kate kapel we all x declare pn apa cume daddy selalu kol mommy...amik berat psl mommy...kali ni jiwe dh mcm org dewasa...mommy pon rs yg sm mcm daddy...cume we all mcm sndri2 paham xde nk luah kan dgn kate2...sume mcm ayat2 kiasan je...tap masing2 tau masing2 has feeling to each other....hehehehe....malu kot...poyo je...

suddenly,daddy dh jarang kol2 mommy...bile mommy kol pon dia buat dek je...then bile mommy siasat daddy de someone else...time ni baru mommy rs what is heartbroken...pecah habis la..nk cantum pn xleh sbb xnmpak...meroyan pon de...last skali mommy redha ngn perpisahan tu...ms tu mommy blaja kat USM...akhir tahun 2007...frust tertonggeng mcm apa ntah...pasrah la ketentuan...mommy teruskn life mommy....bak kate pepatah 'life is KARMA'...

but in end of 2009...suddenly one night mommy dpt 1 mesej tulis 'hi,apa khabar?'...its from ur daddy...its been a long time we not contact each other n see each other suddenly mommy got that massage...start dr situ we all keep massaging each other...untill one day daddy ask me out on 3/1/2010 i still remember that day...ms tu Tuhan je yg tau...nerves gile...mcm 1st time jumpe...ckap pon tergagap2..xtau nk ckp pe...makan n minum pon malu2 taik kucing....klaka gile...bile daddy nk anta mommy balik ms tuh...daddy ask me one question...'jom kite kawen'...saaaaaappppppppppp...mcm de anak panah qupid tercucuk kat jantung...then mommy said...'jom'...selang 2-3 hari terus daddy nye family dtg merisik...

then till now...thats the story how i meet ur daddy...perjalanan we all that almost 17years we together..share everything...bad or good...happy or sad...healthy or sick...luck or unluck...we all terime each other seadanye...maybe this what we call JODOH...he is the 1st and insyallah the last man in my life...love ur daddy unconditionally...HAPPY 2ND ANNIVERSARY MY DEAR...:x.

poyo laaa...huhu




Terima Kasih

April 30, 2012

how i meet ur daddy??

dah lama x update blog...cehhh rasa mcm blogger fames je nk update2 neh...urggg..skang ni teramat2 la bz nokkk...pastu laptop lak dh rosak lg la...xde sempat celah bedah nk  berinternet 24jam...de pon skip2 je kat opis...

entry kali ni khas aku wat utk tatapan anak2 aku(utk org lain pon bole je kalu korng nk sibuk2)...cehhhh anak2...rmai sgt ke anak tuh...ye la kot la aku x sempat bercerite ngn depa ke kan...ke aku shy2 cat nk citer...hhahahhaa...kisahnye aku nk citer 'how i meert ur daddy'...daddy korang la ye anak2...xkan daddy jiran sebelah pulak...okkk....kene tulis sopan2 sket sbb ank nk baca kan....tu pon kalu anak2 aku teringin nk baca...hahahahhaa...

ok mule2 skali mommy kenal daddy ms zaman2 we all school dulu...ms tu mommy n daddy darjah 6...we all 1 kelas ms sekolah agama...ms tu mommy selalu kutuk daddy ngn kawan mommy...sbb ms tu daddy ntah apa2 ntah...suke wat lawak bangang...(oppssss...)...that time daddy de suke kawan mommy ni nama dia Hazleen...haaaa....ingt lagi nama dia kan..daddy soh mommy kenen2 kan utk daddy...darjah 6 punye la gedik daddy kan...mommy pon ok je...tap xsempat nk kenen2 sekolah pon dah hbs...masuk la form 1...ms tu umh we all dekat je..ujung simpang dh smpe umh daddy...ms mommy form 1,mommy jual burger depan umah...(indiependant x mommy korng ni?)...nk tau hari2 daddy dtg beli burger kat mommy...sampe de 1 ms tu kan mommy letak daun kat burger dia....tu pon soknye dia dtg lg...pelahap sungguh daddy kan...

dr situ we all selalu lepak2 n petang2 main kat padang ngn kawan2...ms tu besfren we all adam+doreman+wan pendek...ngn derang ni la dok men basikal la pe la...nk di jadikan cite...de la 1 mlm tu tgh gayut2 kat telefon...mommy tertanya kat daddy ingt lg ke dak Hazleen tu...daddy ckp 'x ingat dah...tap ingat kat budak len la'...mommy tnya 'sape?'...daddy jwb...'ko...la'....haaaaa...ms tu sentap makkk...mommy ingt daddy men2...terus daddy ajk mommy kapel...wahhhhhh gitu..dlm phone je declare...ms tu nk ujung2 we all form 1 tahun 1996...so kapel la..ala cinta monyet kan...pe la sgt...buat dek je la...xpenah dating pon...xde nk date2 g mall ke pe...

so kite kn makin lama makin membesar n makin matang....so dr xde feeling jadi de feeling gituuuu...mommy pon dh start felong2 kat daddy...tap mcm2 tu je la...daddy still ngn perangai dia yg x penah series...asik mommy je yg terkejar2 kan daddy...mcm 'perigi cri timba'...kdg2 tu sedih jugak kan...tap nak jugak...sebenrnye dr awl mommy cintan ngn daddy, mommy byk makan hati...sbb daddy selalu wat mommy kecik ati...sedih tauu..uhuk..uhuk...byk bende dia wat kat mommy...selalu x tepat janji+xpenah wish besday+xpenah bg present+mommy je yg selalu beria+selalu wt mommy sedih(touching la plak)...tap mommy ok je...

then,bile time form 3...ms tu 1998...mommy dh realize daddy ni wt sakitkan ati je kan...mommy pon mntak breakkk...haaaaa amik kauuu...kebetulan ms tu mommy de kenal2 mamat sekolah MRSM...wahhhh gitu...bese la budak2 kan...(alasan!)...sape xnk MRSM kot!abg senior lagi...hahahhaa...bile mommy mntak break je...esoknye 1 sekolah pandan jaya kol mommy mntak mommy tarik balik kata2 break tuh....lps sornng...sorng kol...'sian la kat khairul dtg sekolah mate merah2'...'jgn la clash ngn dia couple la balik'...mmm...mommy pon kapel balik....lawak kan...hehehe...

ms dah hbs PMR...daddy dtg jumpe mommy dia ckap dia nk pindah...pindah Melaka...ikot atok...sedih jugak masa tu...tap x show off la kat daddy...siap tukr2 alamat konon daddy nk anta surat...tap haram jadah xde pon surat...mommy pon idup jauh ngn daddy...since tahun 1999...pastu bile dh jauh we all break...kali ni btol2...daddy pon leh accept...

haaaa...ni baru starting...nk tau kesudahan...nnt mommy sambung k...:)
Terima Kasih

April 20, 2012

ONE IS A GIFT...BUT TWO IS MIRACLE...

Well…well…ade bnde nak share kat sini…cewaahh poyo jek nk share2…since besday Yusuf yang aritu…mmg x sangka lps tu de satu keajaiban..bak kate omputeh MIRACLE…ceehhh…gitu…

Aku mempunyai masalah period yg x konsisten….so bile x period tu mcm aku ignore sbb kucar kacir sket cycle dia…tp yang buat aku mcm curios (btol ke aku eja ni) perubahan pd fizikal aku…iaitu kaki aku…ingat x kisah psl ni yg aku confuse apsal kaki aku kembang semcm…

Oh men…dup dap dup…adakah??balik keje aku g 7-eleven g beli pregnant test…balik keje terus test…aku dh xkire la pagi ke pe…klu btol dia 2line mmg 2 la xkan patah balik 1…jeng…jeng…mmg 2 lines…at first place aku mcm hah??what??again??mcm xleh terime pon de…yela sbb Yusuf baru setahun kot…xpuas lagi aku nk bermanja2 ngan dia…oh men mcm mn ni…ngn aku bru tukr tempat keje…even x sampe pon lagi 6 bulan kan…dah ms aku interview dlu aku ckp aku xkan peknan….oh men…

Then bile aku tunjuk je kat en.suami…dia pon termenung…kitorg sama2 termenung…haruske termenung…mest kkorg pk eh…uolls should b happy k…suddenly en.suami menangis…what??patut aku yg menangis sbb aku yang bawakkan…rupenye dia meluahkan kerisaun dia…dia ckp mampukah we olls…nak de anak 2 org…the time is not ready…hurrmmm…ngn kos sara idop kat KL yg sgt tggi…mampukah we ollls??

Its should the happy news for us…but disebabkan we olls pk mcm2…yg membuatkan bende tu x jad happy…sian baby…sorry syg…bukan mommy & daddy x suke…tp we olls risau sgt…tp aku berpegang kate bahawa setiap anak tu de rezeki dia…mmm…mungkin rezeki bby ni we olls xtau lgi…

Welcome my sweet baby…mommy will take a lot of care for you…u r the Miracle that happen to mommy & daddy…kenapa aku ckp Miracle??sbb dia dating dlm keadaan kitorg baru nk set up hidop kat KL…ngn aku bru dpt keje…ngn en.suami yg gaji just RM1,200…haa imagine la…

Tp insyallah rezeki tu luas…n seriously mmg xsangka secepat nk nk dpt 2nd bby…n Yusuf going to have brother or sister??jeng…jeng…






Terima Kasih

March 5, 2012

365 hari...

365 hari yang penuh dengan tekanan,
365 hari mendengar tangisan siang & malam,
365 hari tanpa rehat,
365 hari tiada masa untuk diri aku lagi,
365 hari melayan dia yg byk kerenahnya,
365 hari berkorban masa, tenaga, zahir, batin & emosi,
365 hari membuat kan hari aku rasa mcm nk berhenti seketika,
365 hari yang menguji kesabaran aku ditahap yg paling maksimum...

Tapi...

365 hari yang penuh bermakna dlm hidup aku,
365 hari penuh dgn hilai tawa & gelak manja dia,
365 hari aku x sabar2 utk sampai ke rumah utk berjumpa & bermain dgn dia,
365 hari melayan kerenah dia yang sgt menghiburkan hati aku,
365 hari tidak aku hirau kan lagi masa untuk aku kerana semuanya utk dia,
365 hari yang mengajar aku apa itu 'kesabaran'
365 hari adalah hari yg sangat bahagia & gembira bagi aku dari hari2 sebelumnya,
365 hari aku bergelar mommy kpd Khaerll Yusuf...

Sekarang...

Yusuf dah 365 hari...betapa cepat nya masa tu berlalu...setahun sudah dia di bawah jagaan aku...even aku ni bukan la mak yg terbaik di kalangan mak2 yg ada kat dunia ni...tap aku lah mommy terbaek utk dia...hope kami akn sama2 untuk hari2 yg seterusnye sampai bile pon aku xtau...Moga Tuhan melindungi & memelihara Yusuf...

Selamat Hari Lahir Khaerll Yusuf...

mommy & daddy love you unconditionally... :')



Terima Kasih

March 4, 2012

YUSUF IS o.n.e!

haaaa...bile dh de ank bagai2 la bende nk wat kan...salah satunye...besday party anak...so genap 3.3.2012 Yusuf setahun...dh setahun ko nak..mak jaga ko…mcm2 kerenah…kdg2 stress kdg happy…tap most of the tine mommy happy sangat2…Yusuf anak yg baik…ecececeh…intonasi mak2 gitu la…

haaa…sempena besday dia yg pertama…beria la ni gagah kumpul duit siap men kutu bagai…mcm ank nk kawen padahal sambut besday je pon…tema besday dia ORANGE…nape kaler ni??eh aku nye suke la…hehehehehehe…


ramai gak kawan2…sedara2 yg dtg meriahkan majlis…penat ko…sampe ke mlm xhbs…ffuhhhhh….


goodie bag






alahai rindu time ni...










kek bik beela banje...


mama masak...mak mentua aku wat kuih...





ingat nk buat besday ank ni senang ke...pecah paler gak nk pk n nak wat...ni pon smpe ke tengah malam aku ngn en.suami berkemas...tp happy sangat2 bile tgk kite sebnrnye dh setahun jaga anak...hahahahha...

kawan2 yusuf


happy mommy & daddy






the aunties & uncles


the best part....present time...



Terima Kasih

March 3, 2012

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan 9 Bulan - < 12 Bulan

Bidang Perkembangan:

1. Pergerakan Kasar

Aktiviti Perkembangan:
a) Mengesut dengan punggung--->ok!

b) Berpegang kepada sesuatu untuk berdiri--->ok!

c) Berdiri dengan sokongan--->ok!

d) Berjalan sambil berpegang--->sgt laju!


2. Pergerakan Halus

Aktiviti Perkembangan:
a) Mengambil benda kecil dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk--->sume dia nk capai..

b) Bertepuk tangan--->feveret tuh

c) Mengetuk dua objek satu sama lain--->ok!

d) Meletakkan satu objek yang dipegang untuk mendapatkan objek yang lain--->check!


3. Psikososial

Aktiviti Perkembangan:
a) Takut pada orang yang tidak dikenali--->time mmg sush la mommy nk lari...

b) Gemar didokong/dipeluk dan minta didokong oleh orang lain yang dikenali--->mmg pon...

c) Menangis apabila ditinggalkan/berjauhan dengan ibubapa/penjaga--->dh xleh renggang...

d) Boleh menyatakan kehendak melalui memek muka, tunjuk jari atau sebutan seperti 'mam-mam'--->check!

e) Berminat pada keadaan sekeliling--->:)

f) Memahami perlakuan ibubapa/pengasuh (perasaan marah, disayang, disukai)--->kdg2 dia balik lawan kite..

g) Tidak mudah memberi barang kepunyaannya--->mmm...kdg2 bg je...

h) Boleh melambai--->sukeee

i) Suka berdamping/bermain dengan ahli keluarga--->:)

j) Suka mengulangi perlakuan yang menyeronokkan--->hahahahha...

k) Datang apabila nama dipanggil--->laju ooo...

l) Menunjuk kemesraan dengan mendekatkan muka kepada ibubapa/pengasuh/orang yang dikenali--->lencun muke ngn air liur dia...

m) Mengangguk untuk 'ya' dan menggeleng untuk tidak--->kdg2 je...


4. Pendengaran

Aktiviti Perkembangan:
a) Jika ujian saringan belum dilakukan, lakukannya


5. Bahasa Pertuturan

Aktiviti Perkembangan:
a) Memahami arahan yang mudah seperti mari sini, duduk--->kdg2 la...

b) Menyebut/membebel ' ma ma', 'ba ba', 'aga aga'--->selalu sgt...

c) Meniru bunyi-bunyi pertuturan atau persekitaran seperti bunyi 'batuk, 'broom, 'duh duh duh




Terima Kasih

February 27, 2012

THE MALURIAN'S HOLIDAY @ GENTING THEME PARK

Acara besar tahunan…cewaaahhh mcm penting sgt ke…kite nieven bz mana pon even jauh mn pn kwn2 lama jgn dilupekan ok…sebnrnye nk cite kitorg suke wat event jalan2…tp sbb kekangan masa dan lain2 selalunye menghalang niat suci murni kami tu…cewaahhhh….

Plan ni dh lama wat pon…tp ms je xmengizinkan…n akhirnye kata sepakat dh tercapai…jeng…jeng…percutian the malurian’s kat Genting Highland…pfffttt…genting je kot…xsmpe sejam korg leh smpe kan tu pn mkn masa nk menjad…kehkehkeh…

Tp xsume geng dpt pegi mcm aku ckp komitmen masing2 skang yg xdpt dielakkan…kat sanakitorg stay kat apartment…apartment ni de 3bilik…1 bilik dicop oleh azira…dia mmg cekal nk dok dlm bilik…nk ehem…ehem…ke pe ntah…lantak la kan…

Mmg sgt seronok ok…even genting je kot…tp mmg best…lawak pon de…masa ni la kite nk uji kekebalan masing2…hahahahaha…ok korg kalu nak tau entry masok theme park sume tu leh g website sini…sume korg leh tau k…

Sgt recommended utk family n anak2…kawan2…tpt ni sgt menghiburkan…sejuk pulak tu leh pelok2…ep2…yg x kawen jgn lebih2 k…






















MAK2 N BAPAK2




Terima Kasih

L.O.N.A Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign