Pages

May 22, 2015

KELEBIHAN MINUM TEH HIJAU SETIAP HARI




Apa itu teh hijau??teh berwarna hijaukah?teh ais kah?teh o beng ka?hehehhee…lately aku lepas makan mesti minum teh hijau Bahasa omputihnye GREEN TEA…hehehe…dulu mcm rasa xleh telan je green tea ni…tap bile tgk opismate ni dok hari2 minum aku pon try…kebetulan kat pantry opis mmg de sediakan green tea…so alang2 free aku bedal je la siang smpe petang…

Sebenarnye aku dh lama tau kebaikan kalau amal green tea ni cume malas n sikap yg xsuke kpd air xsedap…teh ais aku minum la uollss…so biasa la kadang2 kite sedar x bende yang sedap2 ni la x baik untuk kesihatan…betol uolls…

Salah satu rahsi lagi yang selalu aku dok baca green tea sgt la sesuai untuk sape2 yang plan utk loose weight...sbb dengan kandungan yang dpt membuang toksin dalam badan kite dan green tea mengandungi 0 kalori uolls...xrugi la klu uolls nak minum brp gelen pn sbb green tea 0 kalori...

Meh aku share pe kelebihan kalu kite amalkan minum green tea ni…

1. Berat Badan.
Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes.
Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung
Para saintis berpendapat, teh hijau  menjaga saluran darah  lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

4. Kanser
Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh  mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5.Kolesterol
Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik  di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6.Alzheimer dan Parkinson.
Teh hijau dikatakan  mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.  Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi.
Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau bolehmemusnahkan bakteria dan virus  yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8.Tekanan darah.
Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan.
Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenangkepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria.
‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit  termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit.
Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.



ni la green tea aku...huhu






Terima Kasih

7 comments

teh hijau atau green tea sememangnya bagus untuk kesihatan..baik untuk orang yang nak kurus tau

Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 81
Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

Official Blog :
http://tengkubutang.blogspot.com/

Catlover Blog :
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

pernah minum green tea sekali.. pahittt.. hahahaha

kita suka minum green tea sedapp... akk pkai green tea jenis apa?

Japaness Green Tea...yg ni ok rs dia...xpahit ke pe...

L.O.N.A Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign