citer psl BF ni....aku nk share pengalaman aku ms 1st pregnant dulu...dukacite dimaklumkan ak xberjaya utk terus BF Yusuf...ms tu perasaan hampa gile...yela mcm2 persediaan n peralatan aku dh sediakan konon nk berBF...tap BF is not easy as u see...perlukan ilmu n skill yg tinggi...
masalah aku time ni...bile aku alami masalah Inverted Nipple (Puting Tenggelam) kedua2 breast aku...ms dlm peknan mcm2 cara dh buat...laki aku pn dh tlg buatkan...tap x berjaya jugak...wakakakakaka...so bile Yusuf lahir je...dia totally reject breast aku..myb sbb inverted kan...aku dh push sume cara tap dia ttp reject...so aku amik jln len ngn pump je la susu aku...bese la ngn perasaan stress+kecewa+sedih ank xnk BF susu aku semakin berkurangan di tambah lak Yusuf xnk DF...lama2 susu makin kurng...aku pon stop bg susu badan ms Yusuf 2bulan...kecewa tu Tuhan je tau...bile tgk org len BF aku jeles sgt2...dan rs rendah diri tu sgt menebal rs aku mcm wat dosa besar je...tap aku think positif...
kat sini...de org kate even kite inverted kite still leh BF bby kite...so aku nk share artikel yg aku amik dr blog
sini....dlm blog dia ni byk knowledge dia bg psl BF...
Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namun fungsi
payudara tetap telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi.
(Kerana dari situlah kita dikategorikan sebagai mamalia).
Keadaan puting leper (
flat nipples) dan puting tenggelam (
inverted nipples)
boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu
keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan untuk
menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.
|
ilutrasi
|
|
keadaan flat dan inverted nipples |
Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?
Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan
lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.
Tenggelam.
Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?
Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan
puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan
efektif. Ibu-ibu perlu:
- Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
- Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
- Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran).
- Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
- Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan.
- Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
- Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak.
Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi
lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila
payudara bengkak).
- Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.
Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal,
leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada
ibunya. Ingat! Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.
Terima Kasih