Memulihkan Puting Payudara Daripada Merekah
- Ambil minyak kelapa hijau dan
campurkan sedikit halba.
- Sapukan pada hujung puting anda.
- Jangan lakukan ketika menyusukan
anak.
Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Petua 1
Petua 1
- Rendamkan beberapa helai daun
pegaga bersama akarnya dengan air suam. Kemudian ditapis dan airnya
diminum.
- Sebelum tidur lakukan pengecutan
(kemut) sebanyak 20 kali. InsyaAllah rahim anda mengecut seperti
sediakala.
- Elakkan memakan buah nenas.
Petua 2
- Rebus halia tua dengan gula merah,
kulit kayu manis, jintan manis dan daun panas.
- Minumlah air rebusan ini beberapa
kali sehari.
- Petua ini dapat membuang angin,
melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Petua 3
- Selepas bersalin dinasihatkan
meminum air kunyit muda yang ditumbuk bersama putih telur mentah.
- Minumlah selama 3 hari
berturut-turut.
- Ia dapat mengecutkan rahim /
peranakan anda ke tempat asal.
Air Susu Badan Berlebihan
- Ambil 2 helai daun kubis yang
melengkung seperti mangkuk kecil.
- Tekapkan di kedua-dua belah
payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam.
- Tukarkan daun baru jika perlu.
- Lakukan sehingga air susu
berkurangan.
Memerahkan Puting Yang Lebam
- Ambil 3 helai sirih dan tumbuk
sehingga menghasilkan air berwarna merah.
- Perah air sirih ini dan sapukan di
sekitar puting.
- Lakukan setiap malam sehingga
berhasil.
Memulihkan Bibir Faraj Yang Lebam
- Bibir faraj yang hitam dan lebam
dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang
baru.
- Lakukan sekerap yang boleh.
Petua Kekal Langsing
Mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:
Mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:
- Apa yang kita ambil untuk sarapan
pada waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan pada waktu
tengah hari.
- Pada waktu tengah hari jangan
makan makanan yang mengenyangkan, cukup sekadar buahan atau jangan makan
langsung.
- Makan malam diawalkan dan diambil
dalam lingkungan jam 7.00 malam.
- Jangan makan selepas pukul 9.00
malam walaupun anda belum malan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup
sekadar segelas susu atau buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan
mengambil makanan yang telah dimasak (makanan berat).
Berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari isnin
dan khamis). Mesti berpuasa dengan niat pada waktu malam yang kita hendak
berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan
sedikit atau minum.
Pada hari ketika berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya dan sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namum manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiada displin. Jadi, salahkanlah diri sendiri kerana sikap menghukum diri.
Setiap kali bangun pagi, waktu tengah hari dan sebelum masuk tidur pada sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan liamu nipis atau kasturi. InsyaAllah anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.
Petua Memudahkan Penghadaman
Pada hari ketika berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya dan sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namum manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiada displin. Jadi, salahkanlah diri sendiri kerana sikap menghukum diri.
Setiap kali bangun pagi, waktu tengah hari dan sebelum masuk tidur pada sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan liamu nipis atau kasturi. InsyaAllah anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.
Petua Memudahkan Penghadaman
- Makan dalam keadaan tenang.
- Beri masa untuk kita makan, jangan
sama sekali makan terburu-buru atau gelojoh.
- Kunyah makanan sehingga
betul-betul lumat, barulah ditelan.
- Jangan makan terlalu kenyang, dan
jangan disulami dengan kerap meminum air.
- Makan apabila terasa lapar, itu
pun kalau perut terasa lapar ketika dalam waktu makan yang sebenarnya.
Jika perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.
- Lebih kerap mengambil makanan yang
mudah dihadamkan atau tidak perlukan penghadaman seperti bubur, madu,
glukos, yogurt dan lain-lain.
- Kurangkan makanan yang lambat
hadam seperti lemak, protein dan karbohidrat.
Petua Seri Wajah Selepas Bersalin
Petua 1
Petua 1
- Rebus beberapa tangkai daun inai
dan minum airnya tiga kali seminggu.
- Seeloknya pada waktu pagi dan
malam.
Petua 2
- Ambil secawan beras, bersihkan dan
kisar (jangan terlalu halus).
- Kemudian ambil sebuku kunyit
hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut)
- Bancuh beras halus dan kunyit tadi
dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat.
- Cuci muka anda dengan air bersih
setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara
perlahan-lahan.
- Gosokkan juga bedak ke bahagian
leher dan biarkan ia kering sendiri.
- Amalkan selama tiga malam
berturut-turut, insyaAllah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
Petua 3
- Ambil segenggam daun inai dan
tumbuk hingga halus.
- Selepas itu gentel kecil-kecil
lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk.
- Apabila sejuk, makanlah sebiji
sehari selepas sarapan.
- Amalkan sehingga nampak hasilnya.