Anak kucing yang dipelihara oleh ibunya mempunyai
kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding anak kucing yang ditinggalkan dan
dipelihara oleh manusia. Jika anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan
ibu atau tidak dijaga oleh ibunya, maka bersedialah untuk kerja-kerja keras dan
beberapa kekecewaan. Tetapi jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami
pengalaman istimewa menjaga anak kucing yatim piatu dan membesarkannya kepada
kucing dewasa yang sihat.
Untuk itu kita akan melihat secara ringkas perkara-perkara
yang perlu anda lakukan jika menjaga anak kucing yang ditinggalkan ibu.
Bagi Makanan Pada Si Comel
Anak kucing yang baru lahir perlu makan setiap 2-3 jam.
Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan yang sedikit
tetapi berkala. Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan
menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu menggunakan susu
yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperolehi di klinik
vetrinar dengan pelbagai jenama.
Botol susu yang khas juga digunakan untuk menyusu anak
kucing (saiznya kecil). Susu perlu diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan
panas, ianya sama sepertimana kita berikan kepada bayi manusia.
Bantu Si Comel Untuk Berak dan Kencing
Ya, berak dan kencing, saya tak tahu tajuk apa yang sesuai
tetapi dua perkataan itu adalah sangat tepat..hehe. Anak kucing tidak boleh
mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari
kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang
dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.
Maka anda juga mesti melakukan perkara yang sama di sini.
Tak la, saya bergurau sahaja. Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan
menggunakan kain lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas (juga
suam dan basah). Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada
kemaluannya sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas
menyusu.
Si Comel Perlu Selamat & Selesa
Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk
mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri
bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda mempunyai anak
kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol
mengandungi air panas atau pad pemanas(setkan suhunya pada kadar rendah
sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya tuala).
Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar
dari pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas. Anak kucing
perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas
dengan kain di kawasan yang tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing tidak dapat
melihat, adalah penting untuk anda mengetahui dimana mereka berada pada setiap
masa untuk mengelakkan mereka dari kesusahan.
Anak kucing yatim diberi makanan pejal seperti mana anak
kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit makanan berdaging yang
dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu. Pengenalan kepada penggunaan
kotak najis juga digalakkan pada ketika umur ini.
Masalah perilaku memang biasa berlaku bagi anak kucing yatim
kerana mereka tidak dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung
untuk menggigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan
bermain secara kasar. Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika
mereka dipelihara oleh ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik
mereka yang lain.
Kucing lain akan mengajar 'budi bahasa' dan memberi reaksi
dengan menggigit balas, mencakar balas dan 'kepimpinan melalui tauladan'.
Malangnya anak kucing yatim yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran
'budi bahasa' seperti ini. Mendedahkan anak kucing yatim kepada manusia lain
atau kucing lain pada umur muda akan membantu membetuk perilaku yang baik.
Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini
hanya mendorong perilaku buruk.
pantun kucing:
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si Kucing belang,
Dua tiga bole kucari,
Mana nak sama ngan ehem2...seorg....
kehkehkeh...
2 comments
Kucing ni comel. hehe. Cuba awak bg tips sikit bagi yang penakut tahap pelangi bila tengok kucing. Teringin nak belai kucing, tp takutt. Huhu
hahahha...penakut tahap pelangi de ek...ok2 nnt try wat research psl tu...kehkeh