Pages

December 25, 2010

hohoho...MERRY CHRISTMAS...

dah mcm org putih lak nk celeb2 krismas ni...bknnye pe...bkn nk celeb pon sbb nk merasa ala2 salji kat PAVILION tu...bwk si dak2 kecik...even bkan real tap ala2 la jugak..hehehe...























hot x??

Terima Kasih

December 22, 2010

artis+preggy...lawoo ke??

sejak preggy ni asik2 nk tgk fashion pe yg sesuai ngn diri ni...hahaha...mcm chateek je...actually ngah survey2 fashion ms preggy ni...xnk la nmpak mcm sgt2 x larat ngn penampilan kan...tap suke tgk astis2 holywood bile dorng preggy...even preggy nmpk je hot kan...waahhh...nk hot mcm artis plak...sedar la diri sket...ni aku de tgk2 pic artis2 mat salleh ni ms dorng preggy...nmpak selekeh je tap vougue...






























hot x??hot kan...tap kalu gue yg pakai hot jugak ke...wawawa...berangan sudahhh...cube compare ngn aku lak...wakakaka...




















feveret pic
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



xoxoxox...

Terima Kasih

December 5, 2010

NANA kawen

haaa...nk tau sape nana ni??nana ni adek kepada khai...kire ayu nye adek ipar...merangkap biras la...lawo gak dia arini...tema hitam putih gak...manjang sume nk hitam putih skang ni...



aku bersama en hasben...perot kami yg semakin memboyot...menci!



tu la nana






danial yg buat kecoh akibat jatuh

Terima Kasih

December 4, 2010

AIDA kawen

ari ni g wedding aida...dak opis mate aku...merangkap 1 dept ngn aku gak...meriah je aku tgk pelamin dia n make up dia...zaman skang ni dh mcm2 pesen dh...xmcm aku dulu...tap hari ni kyo balik...dpt la pegi ngn dia ngn adek skali...
.
.
.







Terima Kasih

November 22, 2010

PETUA MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN

Ini adalah persoalan yang agak popular dan sering diajukan kepada saya. Disini saya akan cuba menerangkan beberapa fakta saintifik serta petua-petua saranan saya. Perlu diingatkan sekali lagi disini, setiap perancangan dan usaha perlulah disertakan dengan doa dan tawakal. Diharap petua-petua dibawah dapat membantu anda, InsyaAllah.

Mula-mula kita perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang dikeluarkan setiap bulan mengandungi chromosome X. Yang menentukan jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova yang telah dikeluarkan tersebut. Jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah perempuan dan jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah lelaki.

Jika dibandingkan dengan sperma Y, sperma X adalah lebih besar saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walaubagaimanapun ia boleh hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid. Sperma Y pula lebih kecil, bergerak lebih pantas akan tetapi tidak mampu bertahan lama terutamanya dalam medium berasid.

Melihat pada sifat sperma X yang pertama, ianya bersaiz besar dan pergerakannya lebih lambat berbanding sperma Y. Oleh disebabkan itu, persetubuhan seelok-eloknya dilakukan 2-4 hari lebih awal daripada tarikh ovulasi dijangkakan berlaku dan elakkan persetubuhan semasa waktu ovulasi. Seandainya persetubuhan dilakukan pada hari ovulasi, sperma Y akan sampai lebih awal dan mempersenyawakan ova. Jikalau kita melakukan persetubuhan beberapa hari lebih awal, sperma Y telah mati, walaubagaimanapun sperma X masih mampu lagi bertahan dan dapat mempersenyawakan ova yang baru dikeluarkan itu.

Posisi penetrasi semasa ejakulasi dilakukan juga boleh memainkan peranan, sekiranya penetrasi tidak begitu dalam semasa ejakulasi, sperma terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada sperma X kerana ia mampu tahan lebih lama jika perjalanannya lebih jauh. Penetrasi yang dalam serta ejakulasi yang sangat hampir ke pintu rahim akan membantu sperma Y agar sampai lebih awal ke ova kerana pergerakannya yang lebih pantas itu.

Melihat kepada sifat yang kedua, sperma X mampu bertahan lama dalam medium berasid. Mencuci di bahagian dalam faraj secara "vaginal douching" menggunakan air yang berasid seperti produk "Summer's Eve-jenis Water and Vinegar" 30 minit sebelum persetubuhan juga dapat memberikan kelebihan pada sperma X kerana sperma Y tidak mampu bertahan lama dalam keadaan berasid.

Faktor pemakanan secara teori juga boleh meningkatkan tahap keasidan didalam faraj, lebihkan makanan yang meningkatkan keasidan seperti jagung, oat,roti, nasi, spaghetti, macaroni, buah zaitun, plum, prune, pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya, kacang kuda, kacang dhal, kacang merah, hasil tenusu seperti mentega, keju, aiskrim, mentega kacang, gajus, walnut, daging merah, sardin, kopi, minuman bergas, coca cola dan banyak lagi.

Anda juga perlu mengurangkan makanan yang meningkatkan kealkalian badan seperti sayur-sayuran seperti alfalfa, brocolli, kobis, kobis cina, saderi, timun, terung, bawang putih, salad, cendawan, bawang, bayam, labu, spirulina, keledek, tomato. Buah-buahan seperti epal, pisang, kelapa segar, buah kurma dan buah tin kering, tembikai, tembikai susu, pear, kismis, strawberry, buah-buahan sitrus, almond, buah berangan, rempah-ratus seperti rempah kari, kayu manis, halia, garam laut, herba-herba, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran, air mineral dan banyak lagi. Walaupun buah-buahan sitrus berasa masam tetapi ia bertindak meningkatkan kealkalian badan.

Tidak perlu makan semuanya dari kategori makanan berasid, cuma pastikan makanan yang diambil lebih daripada kategori berasid. Ini mungkin perlu sedikit penyesuaian dan kita perlu belajar makan makanan yang kita kurang gemari. Akhir kata, selamat mencuba dan jikalau ada apa-apa persoalan, anda boleh ajukan kepada saya diruangan komen dibawah.





Dipetik dari:http://drroslin.blogspot.com
Terima Kasih

November 19, 2010

MINUM AIR GULA KETIKA HAMIL

hari ni kene minum air gula...pe tu air gula??aku pun x tau sbnrnye...selalunye minum air gula utk tahu kandungan gula dlm darah kite semasa ngah preggy ni...mana x nye...berat aku nek mendadak kali...nek 3KILO...ohmennn...so kene la minum air gula...nsb en hasben de utk teman aku...mmg nk pitam minum air gula ni..aku xtau la bape sudu gula dia letak dlm air tu...dgn pose dr malam tad...dtg2 terus amik darah n kene minum...ONE SHOOT tu....eeeyyaaakkkk...moral of the story...ms preggy jaga la berat badan tu...tap kalau jns mmg berat mcm mn tuh??ooo...kitorang smpe tertido2 tad...ngantok kan...ditambah ngn kepala aku yg pusing sudahhhh...pas dr check up terus g makan...perghhhh makan x hingat...




Kenapa kena minum air gula?

Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.

Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin akan menghidap diabetes gestasi.

Bayi anda memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai makrosomia yang bermaksud "badan yang besar".

Akibatnya, mungkin sukar bagi anda melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.

Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang anda perlu untuk mengawal diabetes ialah dengan mengikuti diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini.

Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui ujian air kencing rutin semasa hamil tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik untuk mengesan masalah diabetes.


Ujian MGTT


Apakah itu Ujian MGTT?

Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.

Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, darah kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.

Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Reference Range

Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi.

Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.









Terima Kasih

November 2, 2010

PETUA MENDAPATKAN ANAK LELAKI

Mula-mula kita perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang dikeluarkan setiap bulan mengandungi kromosom X. Yang menentukan jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova yang telah dikeluarkan tersebut. Jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah lelaki dan jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah perempuan.

Jika dibandingkan dengan sperma X, sperma Y lebih kecil, bergerak lebih pantas dan lebih aktif dalam persekitaran yang beralkali akan tetapi tidak mampu bertahan lama terutamanya dalam medium berasid. Sperma X pula adalah lebih besar saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walaubagaimanapun ia boleh hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid.

Merujuk kepada sifat sperma Y yang pertama, ia kecil dan bergerak sangat pantas. Disyorkan persetubuhan ditangguhkan dan dilakukan tepat pada hari ovulasi. Sekiranya ova telah dikeluarkan, maka sperma Y akan sampai paling awal ke ova dan berjaya mempersenyawakan ova. Walaubagaimana pun, sekiranya persetubuhan dilakukan 2-4 hari lebih awal dari ovulasi, maka sperma Y telah pun mati dan sperma X yang mampu bertahan lama akan sampai ke ova yang baru dikeluarkan itu dan berjaya mempersenyawakannya.

Posisi penetrasi semasa ejakulasi dilakukan juga boleh memainkan peranan, penetrasi yang dalam serta ejakulasi yang sangat hampir ke pintu rahim akan membantu sperma Y agar sampai lebih awal ke ova kerana pergerakannya yang lebih pantas itu. Sekiranya penetrasi tidak begitu dalam semasa ejakulasi, sperma terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada sperma X kerana ia mampu tahan lebih lama jika perjalanannya lebih jauh.

Merujuk pada sifat sperma Y yang kedua pula, ia bergerak lebih aktif dalam persekitaran beralkali dan tidak mampu tahan lama terutamanya dalam persekitaran berasid. Mencuci di bahagian dalam faraj secara "vaginal douching" menggunakan air yang beralkali contohnya campuran air bersama sodium bikarbonat(serbuk penaik) 30 minit sebelum melakukan persetubuhan dapat meningkatkan tahap kealkalian faraj agar memberi kelebihan kepada sperma Y dan membantunya tahan lebih lama.

Faktor pemakanan secara teori juga boleh meningkatkan tahap kealkalian didalam faraj, anda perlu makan lebih banyak makanan yang meningkatkan kealkalian badan seperti sayur-sayuran seperti alfalfa, brocolli, kobis, kobis cina, saderi, timun, terung, bawang putih, salad, cendawan, bawang, bayam, labu, spirulina, keledek, tomato. Buah-buahan seperti epal, pisang, kelapa segar, buah kurma dan buah tin kering, tembikai, tembikai susu, pear, kismis, strawberry, buah-buahan sitrus, almond, buah berangan, rempah-ratus seperti rempah kari, kayu manis, halia, garam laut, herba-herba, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran, air mineral dan banyak lagi. Walaupun buah-buahan sitrus berasa masam tetapi ia bertindak meningkatkan kealkalian badan.

Anda juga perlu mengurangkan makanan yang meningkatkan tahap keasidan dalam badan seperti jagung, oat,roti, nasi, spaghetti, macaroni, buah zaitun, plum, prune, pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya, kacang kuda, kacang dhal, kacang merah, hasil tenusu seperti mentega, keju, aiskrim, mentega kacang, gajus, walnut, daging merah, sardin, kopi, minuman bergas, coca cola dan banyak lagi.

Anda tidak perlu makan semuanya dari kategori makanan beralkali, cuma pastikan makanan yang diambil lebih daripada kategori beralkali. Ini mungkin perlu sedikit penyesuaian dan kita perlu belajar makan makanan yang kita kurang gemari. Perlu diingatkan sekali lagi disini, setiap perancangan dan usaha perlulah disertakan dengan doa dan tawakal. Akhir kata, selamat mencuba dan jikalau ada apa-apa persoalan, anda boleh ajukan kepada saya diruangan komen dibawah.






Dipetik dari: http://drroslin.blogspot.com
Terima Kasih

October 9, 2010

MALURIAN gathering a.k.a Raya

dh lama x jumpe dak2 maluri...ari ni de ghat kat Dorsett Hotel...actually aku bukan nye sosial sgt ms sekolah dulu...kawan pon ngn dak kelas ngn kelas sebelah...de la gak ngn kelas len...tap yg setan2 je aku kawan sbb pengawas kn dulu...yg len2 tu jns2 langgar2 bahu je...hahaha...

so...renion ni organize by Azwina a.k.a Kimi wife...smpe skang aku still tertanya2 mcm mn dorng leh kawen...xpenah dgr pn dorng flirt2 kan...tup2 kawen ko...katenye Kimi mmg dh syok dr sekolah...yeke???jad gosip lak post kali ni...ni nk cite psl gath bkan psl derang pn...pegi bom la...hahaha...

layan gambar je la cite byk pon bukan korng nk baca...hehehe...
.
.
.
.
.
.
haa...acara pe ntah ni..men game..kenal mengenal katenye...org ngandung pn kene paksa gak ni..


aku ke tu??sesi luahan perasaan..hahaha


ni la yg dtg...ramai jugak...meriah gitu


wahhh...aku berduet ngn Ketua Pengawas tu a.k.a besfren aku


bertanya kabar.


Kimi yg suke bahan org


dah besar pon masing2 mcm sakai kan...ko de??xde kan...


geng bangang...termasuk la aku...hahaha


yusnor+aku

bersama org2 gojes...:)

Terima Kasih

October 4, 2010

its a GIFT...(-_-)

mmm...xsangka...bende yg aku rs selama yg xpnh pk selama ni aku telah laluinye...itulah tanda kasih n sayang aku ng kyol...ceeehhh...poyo lak ayat ni...xde la selalu org2 yg dh kawen mest ckp mcm ni...tap xkisah...whatever perasaannye pon...dia adalah 1 anugerah utk kami...mgkin sebagai peneman aku bile berjauhan ngn kyol...hehehehehe...mule2 tu rs mcm xsuke sbb aku x ready utk sume ni..
tap lama2 mcm dh bese...skang dh masuk 4bulan...kyol lah org paling heppie...xde yg buat aku heppie melainkan tgk dia heppie jugak...hehehehehehe...:p
Terima Kasih

September 30, 2010

sel telur keluar dr OVARIUM WANITA

UNTUK pertama kalinya dalam sejarah para ahli di Belgia belum lama ini berhasil merekam dengan sangat jelas  proses awal pada reproduksi manusia, yakni keluarnya sel telur dari ovarium seorang wanita.

Adalah ginekolog Dr Jacques Donnez dari  Universitas Katolik Louvain (UCL) di Brussels yang berhasil merekam proses pelepasan oosit dari ovarium ketika ia sedang melakukan operasi histerektomi atau pengangkatan kandungan (rahim, uterus) seorang wanita.  Gambar-gambar yang menakjubkan ini juga dipublikasikan dalam majalah New Scientist.

Secara alami, wanita normal mengeluarkan satu hingga beberapa sel telur setiap bulan ketika memasuki masa-masa subur.  Namun begitu, sejauh ini belum ada ahli yang mampu merekam secara jelas dan detail momen-momen keluarnya sel telur manusi dari organ wanita.

Sel telur dihasilkan oleh folikel-folikel,  kantung-kantung berisi cairan,di bagian dalam  ovarium yang  pada  masa ovulasi akan mengeluarkan benjolan (protrusi) kecil berwarna kemerahan yang terlihat dalam gambar.

Telur-telur akan muncul pada ujung benjolan tersebut dengan bentuk sel-sel yang mirip jeli. Setelah keluar dan lepas dari benjolan tersebut, sel-sel kemudian akan berkelana menuju tuba falopi di mana nantinya akan dibuahi oleh sel sperma dari seorang lelaki.

Sel telur dalam gambar tersebut adalah milik seorang perempuan berusia 45 tahun asal Belgia.  Donnez mengatakan, beberapa teori mengindikasikan bahwa pelepasan sel telur dalam ovarium bersifat "eksplosif", namun apa yang direkamnya  ini berlangsung sekitar 15 menit.



ooo gini rupenye...









Terima Kasih

September 8, 2010

berbuke pose kat THAI STEAMBOT

aahhh...byk nk kene update psl buke pose dh mcm pesta makan lak...hehehe...hari ni buke pose ngn family aku cume emma+botak je xde...xtau mn dorng g...arini aku yg banje dorng...mmm...makan kat Thai Steamboat kat Taman Dagang...dekat je...ala2 buffet jugak...RM25/person...sedap jugak...ala2 seafood la...byk pilihan...mama smpe warek ckap org jawe nk mkan byk...huhuhu...mmm...en.hasben xde jugak masa ni....teringat kat dia masa makan...i wish dia de...kan bestt..





uishhh...adekk..



adek lagi yg amik makanan







Terima Kasih

September 6, 2010

berbuke pose di rumah YANA+SAHRIL...aahh...rindu kamooo

hari ni spesel sket buke...buke kat umah YANA+SAHRIL...sambil2 tu dtg melawat la kawan lama...umah dia kat putrajaya...bese la org kerajaan de kuarters...hehe...cantek gak umah dia...best je tgk dorng dok sndri n bersama...mmm...bile la agaknye aku merasa mcm tu...besa gak umah dia....aku g ngn ANNE+ANIF..x tinggal juge en.hasben...hehehe...


sahril dan eskemnye...









en hasben xde sbb dia yg dok tgkap gmbr kami...hehehe...

Terima Kasih

L.O.N.A Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign