hari ni kene minum air gula...pe tu air gula??aku pun x tau sbnrnye...selalunye minum air gula utk tahu kandungan gula dlm darah kite semasa ngah preggy ni...mana x nye...berat aku nek mendadak kali...nek 3KILO...ohmennn...so kene la minum air gula...nsb en hasben de utk teman aku...mmg nk pitam minum air gula ni..aku xtau la bape sudu gula dia letak dlm air tu...dgn pose dr malam tad...dtg2 terus amik darah n kene minum...ONE SHOOT tu....eeeyyaaakkkk...moral of the story...ms preggy jaga la berat badan tu...tap kalau jns mmg berat mcm mn tuh??ooo...kitorang smpe tertido2 tad...ngantok kan...ditambah ngn kepala aku yg pusing sudahhhh...pas dr check up terus g makan...perghhhh makan x hingat...
Kenapa
kena minum air gula?
Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas
menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam
darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan
serta-merta untuk menghasilkan tenaga.
Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan
untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada
kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan
pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin
akan menghidap diabetes gestasi.
Bayi anda memerlukan gula dalam bentuk glukosa
untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan
badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu,
dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai makrosomia yang bermaksud
"badan yang besar".
Akibatnya, mungkin sukar bagi anda melahirkannya
secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi
yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.
Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap
diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang anda perlu untuk mengawal
diabetes ialah dengan mengikuti diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10
hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan
insulin untuk mengawal penyakit ini.
Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu
banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui ujian air kencing
rutin semasa hamil tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik
untuk mengesan masalah diabetes.
Ujian
MGTT
Apakah itu Ujian MGTT?
Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan
diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.
Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, darah
kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.
Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa
dalam 200 ml air kosong.
Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap
toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan
glukos dalam darah.
Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di
Malaysia adalah seperti berikut :
FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel
darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5
mmol/L
2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu
hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L
Reference Range
Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L
Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline
akan di minta melakukan ujian sekali lagi.
Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di
rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.