Pages

Showing posts with label preggY. Show all posts
Showing posts with label preggY. Show all posts

April 27, 2011

PENGALAMAN BERSALIN YUSUF

Ok aku nk cite pengalaman bersalin Yusuf…hurrmm mcm mn ye nk mule??ekceli kandungan dh overdue…tungu punye tunggu x kuar2 jugak…aku dh bosan tahap dewa…ngn xlarat dh nk bwk perot ni…hari2 dok bgon harapan hari ni aku akan bersalin…tap ternyata hampa…penah de satu hari aku siap mandi hujan men kejar2 ngn adik aku…menari la lompat la nak sgt soh beranak cepat…

Then, aku ingt lagi hari tu 2/3/11…mlm masa tu aku rs aku mcm nk berak…so aku g la jamban…aku ni de je nk wat kan…punye la xsabar nk beranak…ms berak tu aku leh teran2 mcm nk beranak…hahahaha…gile shit…pastu xberak2 gak tp rs mcm nk berak…dh la jamban menyangkung…tibe…gedebusssss…air kuar…aku ingt aku kencing tp apsal air kencing ni hodoh sgt kaler kuning2…siap mcm de lendir…bile aku bangun gejebussss lagi kuar air…ok…aku tau ni mest air ketuban aku…hahahaha…yesssss….akhirnye…suke ni bak ang air ketuban kuar…ko tggu la azab ko pasni kiah…

Kebetulan en.suami pn ms ni dh de kat kl…so aku jerit panggil dia…ms dh kuar jamban kerit tu kuar lagi…gdeebusssss..mcm air tejun ko tggal xbole mandi je…aku pon selamba pkai pad sume…en.suami je la gelabah tahap gaban…ntah apa2 ntah…pastu g la spital HKL…HKL je ko aku mampoo…g sana…byk gak prosedur dia…mcm2 dia siasat lama gak dlm sejam lebih…part plg aku xleh blah dorg seluk p*** aku…oh men ni ked org dok selalu citer2 tu…ok aku dh tau…oh men…why…why…why…

Lps dh wat saringan tu…aku pn ditolak ke wad…haaaa…ms ni azab dia dh dtg…bru aku dpt rasa sakit perot tu…ya ampuunnn…hanya Tuhan n org yg penah beranak je tau sakit mcm mn…aku rs mcm nk nangis…menggigil sume de…aku xleh nk wat pe melainkan tahan sakit…ms tu kol2pagi…aku tepon en.suami bgtau dia aku sakit…dia soh zikir n bac ape ptt… aku pn baca2 sampe la aku tertido…tgk2 nurse kejut kan…ms tu sakit dia lg sakit dri mlm tad tu…ya ampun smpe bile nk tahan mcmm ni…pastu doctor selok lag…dia kate dh 4cm bukk…ank 1st aku xphm sgt terms2 dia…dlm hati nyesal aku x studybtol…tau nk beranak je…haaaa hamikkk la obat dia…so aku pn ditolak ke LR (labor room)…dup dap dup dap ms ni…

Ingatkan dh bole beranak…ms ni kol 9pgi…ms ni doctor dia boh drip water…ms ni lag la contraction dia makin kuat…no words can describe sakit dia mcm mn…nurse soh pkai gas kalu aku x tahan…aku pn beria la sedut ingt klu sedut tu sakit trus ilang…tap sangkaan ku meleset…oh mennn….rupenye sakit tu xilang pon…kali ni contraction aku makin mengganas…korg tnyalah mana2 somi dalam dunia ni dorg pn xtau pe rs contraction tu…konon dorg phm tap hakikat hurrrmmmm…ayat selalu nk sedapkan ati…wahhh emo gitu…hahahahahaha

Lps bertarung ngn contraction yg amat sgt…rupe2nye aku tertido gara2 aku terhidu gas yg berlebihan…laaa aku lalok rupenye a.k.a high…hahahaha lawak…sumpah klu aku tau aku xnk amik gas tu…aku sedar ngn keadaan mamai…aku dgr nurse2 n doctor dok bising2 soh aku push dh…aku pn dlm keadaan blur2 nk push pe ni…sakit pon x rs dah…mcm mn nk push…yg aku teringt…sore2 sumbang doctor nk gunting p*** aku…siap tunjuk…tp sumpah aku x rasa pon dia gunting…aku pn mulekan la sesi push mengepush ni…aku rs 3 kali aku push…tepat 12.07pm baru la bby aku kuar…fuuhhhhh…mcm lega dl mms yg sama aku still mamai…mangkuk nye gas…bile nurse tnya aku bby pe…aku pn jwb mamai2…baby boy…

Yg pasti aku dgr sore en.suami menangis bagai nak rak…der…lu pehal tacing lebih…malu pon de…hahahaha…smpe ke luar dia menangis…pfffffttt…kemon la…hahaha…ok smbung x hbs smpe situ…nurse n doctor terus membuat mcm2 kat aku…haaaa time ni mmg dh high aku pasrah je pe depa nk wat…yg aku rs dorg tgh jahit luke koyak P*** aku…siap doctor ckp haaa elok la dia diam…leh jahit ngn tenang…mmmg ms ni aku x rs pep on…aku pasan org dok godak2 aku nye p*** mcm pe je…nsb doctor pompuan xla kekok sgt…lps dh siap sume aku pn di bwak ke wad…

Mlm tu aku rs aku msih high sbb aku lalok tido xsedarkan diri…smpe jiran katil sebelah kate aku tido nyenyak gile ank bgon x hirau….n aku pn xtau sape jagakan ank aku…lenkali korg kalu nk bersalin jgn la amik gas tu…sumpah pasni aku xnk…huhuhuhu….












Terima Kasih

January 9, 2011

si JuNioR

berdebar rasanye hati...bile something yg xpenah terlintas kat hati ni bakal jadi x lama lgi...tinggal sebulan je utk prepare diri dr segi emosi+fizikal...utk menerima sesuatu yg pasti sgt sukar nk dikatakan...pengorbanan yg pasti x terhingga besr hendaknye...mmm...skang dh masuk 8bulan...si junior dok dlm perot mummy...dia lah peneman setia mummy...ke mana saje mummy pegi dia pn kene ikot sama...g mn??g wayang ke g karoke ke g ngeteh mlm pn dia kene ikot mummy...dia lah peneman cinta yg x penah gagal...pengganti suami yg berada jauh dimata...sbg pengganti suami utk teman si isteri yg berjauhan...segala perasaan pon dikongsi ngn dia...marah+emosi yg x tentu+sakit perot+sakit kaki+sedih+rindukan si suami...kami berdua yg rasa...
junior juga penghibur tatkala dia mula bermain2 ngn mummy dr dalam perot...kdg2 rs sayu x dpt berkongsi saat  itu bersama suami sbb dia tiada di sisi...tap tu x patahkan semangat aku utk terus berjuang demi kasih & sayang aku terhadap suami tercinta kyol...kdg2 timbul perasaan sayu bile si suami cium perot kite...bergenang air mata...mgkin si suami pn rs sayu jugak sbb x dpt nk bersama2 utk menikmati detik2 yg best ngn dia...demi tanggungjawab masing2 terhadap kerjaya...
cume 1 pesan mummy kat junior spy sentiasa menyenangkan hati mummy+daddy+semua org sekeliling dia...semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan mummy+daddy di dunia &akhirat...


Terima Kasih

December 22, 2010

artis+preggy...lawoo ke??

sejak preggy ni asik2 nk tgk fashion pe yg sesuai ngn diri ni...hahaha...mcm chateek je...actually ngah survey2 fashion ms preggy ni...xnk la nmpak mcm sgt2 x larat ngn penampilan kan...tap suke tgk astis2 holywood bile dorng preggy...even preggy nmpk je hot kan...waahhh...nk hot mcm artis plak...sedar la diri sket...ni aku de tgk2 pic artis2 mat salleh ni ms dorng preggy...nmpak selekeh je tap vougue...






























hot x??hot kan...tap kalu gue yg pakai hot jugak ke...wawawa...berangan sudahhh...cube compare ngn aku lak...wakakaka...




















feveret pic
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



xoxoxox...

Terima Kasih

November 22, 2010

PETUA MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN

Ini adalah persoalan yang agak popular dan sering diajukan kepada saya. Disini saya akan cuba menerangkan beberapa fakta saintifik serta petua-petua saranan saya. Perlu diingatkan sekali lagi disini, setiap perancangan dan usaha perlulah disertakan dengan doa dan tawakal. Diharap petua-petua dibawah dapat membantu anda, InsyaAllah.

Mula-mula kita perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang dikeluarkan setiap bulan mengandungi chromosome X. Yang menentukan jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova yang telah dikeluarkan tersebut. Jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah perempuan dan jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah lelaki.

Jika dibandingkan dengan sperma Y, sperma X adalah lebih besar saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walaubagaimanapun ia boleh hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid. Sperma Y pula lebih kecil, bergerak lebih pantas akan tetapi tidak mampu bertahan lama terutamanya dalam medium berasid.

Melihat pada sifat sperma X yang pertama, ianya bersaiz besar dan pergerakannya lebih lambat berbanding sperma Y. Oleh disebabkan itu, persetubuhan seelok-eloknya dilakukan 2-4 hari lebih awal daripada tarikh ovulasi dijangkakan berlaku dan elakkan persetubuhan semasa waktu ovulasi. Seandainya persetubuhan dilakukan pada hari ovulasi, sperma Y akan sampai lebih awal dan mempersenyawakan ova. Jikalau kita melakukan persetubuhan beberapa hari lebih awal, sperma Y telah mati, walaubagaimanapun sperma X masih mampu lagi bertahan dan dapat mempersenyawakan ova yang baru dikeluarkan itu.

Posisi penetrasi semasa ejakulasi dilakukan juga boleh memainkan peranan, sekiranya penetrasi tidak begitu dalam semasa ejakulasi, sperma terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada sperma X kerana ia mampu tahan lebih lama jika perjalanannya lebih jauh. Penetrasi yang dalam serta ejakulasi yang sangat hampir ke pintu rahim akan membantu sperma Y agar sampai lebih awal ke ova kerana pergerakannya yang lebih pantas itu.

Melihat kepada sifat yang kedua, sperma X mampu bertahan lama dalam medium berasid. Mencuci di bahagian dalam faraj secara "vaginal douching" menggunakan air yang berasid seperti produk "Summer's Eve-jenis Water and Vinegar" 30 minit sebelum persetubuhan juga dapat memberikan kelebihan pada sperma X kerana sperma Y tidak mampu bertahan lama dalam keadaan berasid.

Faktor pemakanan secara teori juga boleh meningkatkan tahap keasidan didalam faraj, lebihkan makanan yang meningkatkan keasidan seperti jagung, oat,roti, nasi, spaghetti, macaroni, buah zaitun, plum, prune, pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya, kacang kuda, kacang dhal, kacang merah, hasil tenusu seperti mentega, keju, aiskrim, mentega kacang, gajus, walnut, daging merah, sardin, kopi, minuman bergas, coca cola dan banyak lagi.

Anda juga perlu mengurangkan makanan yang meningkatkan kealkalian badan seperti sayur-sayuran seperti alfalfa, brocolli, kobis, kobis cina, saderi, timun, terung, bawang putih, salad, cendawan, bawang, bayam, labu, spirulina, keledek, tomato. Buah-buahan seperti epal, pisang, kelapa segar, buah kurma dan buah tin kering, tembikai, tembikai susu, pear, kismis, strawberry, buah-buahan sitrus, almond, buah berangan, rempah-ratus seperti rempah kari, kayu manis, halia, garam laut, herba-herba, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran, air mineral dan banyak lagi. Walaupun buah-buahan sitrus berasa masam tetapi ia bertindak meningkatkan kealkalian badan.

Tidak perlu makan semuanya dari kategori makanan berasid, cuma pastikan makanan yang diambil lebih daripada kategori berasid. Ini mungkin perlu sedikit penyesuaian dan kita perlu belajar makan makanan yang kita kurang gemari. Akhir kata, selamat mencuba dan jikalau ada apa-apa persoalan, anda boleh ajukan kepada saya diruangan komen dibawah.





Dipetik dari:http://drroslin.blogspot.com
Terima Kasih

November 19, 2010

MINUM AIR GULA KETIKA HAMIL

hari ni kene minum air gula...pe tu air gula??aku pun x tau sbnrnye...selalunye minum air gula utk tahu kandungan gula dlm darah kite semasa ngah preggy ni...mana x nye...berat aku nek mendadak kali...nek 3KILO...ohmennn...so kene la minum air gula...nsb en hasben de utk teman aku...mmg nk pitam minum air gula ni..aku xtau la bape sudu gula dia letak dlm air tu...dgn pose dr malam tad...dtg2 terus amik darah n kene minum...ONE SHOOT tu....eeeyyaaakkkk...moral of the story...ms preggy jaga la berat badan tu...tap kalau jns mmg berat mcm mn tuh??ooo...kitorang smpe tertido2 tad...ngantok kan...ditambah ngn kepala aku yg pusing sudahhhh...pas dr check up terus g makan...perghhhh makan x hingat...




Kenapa kena minum air gula?

Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.

Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin akan menghidap diabetes gestasi.

Bayi anda memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai makrosomia yang bermaksud "badan yang besar".

Akibatnya, mungkin sukar bagi anda melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.

Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang anda perlu untuk mengawal diabetes ialah dengan mengikuti diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini.

Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui ujian air kencing rutin semasa hamil tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik untuk mengesan masalah diabetes.


Ujian MGTT


Apakah itu Ujian MGTT?

Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.

Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, darah kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.

Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Reference Range

Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi.

Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.









Terima Kasih

November 2, 2010

PETUA MENDAPATKAN ANAK LELAKI

Mula-mula kita perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang dikeluarkan setiap bulan mengandungi kromosom X. Yang menentukan jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova yang telah dikeluarkan tersebut. Jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah lelaki dan jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah perempuan.

Jika dibandingkan dengan sperma X, sperma Y lebih kecil, bergerak lebih pantas dan lebih aktif dalam persekitaran yang beralkali akan tetapi tidak mampu bertahan lama terutamanya dalam medium berasid. Sperma X pula adalah lebih besar saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walaubagaimanapun ia boleh hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid.

Merujuk kepada sifat sperma Y yang pertama, ia kecil dan bergerak sangat pantas. Disyorkan persetubuhan ditangguhkan dan dilakukan tepat pada hari ovulasi. Sekiranya ova telah dikeluarkan, maka sperma Y akan sampai paling awal ke ova dan berjaya mempersenyawakan ova. Walaubagaimana pun, sekiranya persetubuhan dilakukan 2-4 hari lebih awal dari ovulasi, maka sperma Y telah pun mati dan sperma X yang mampu bertahan lama akan sampai ke ova yang baru dikeluarkan itu dan berjaya mempersenyawakannya.

Posisi penetrasi semasa ejakulasi dilakukan juga boleh memainkan peranan, penetrasi yang dalam serta ejakulasi yang sangat hampir ke pintu rahim akan membantu sperma Y agar sampai lebih awal ke ova kerana pergerakannya yang lebih pantas itu. Sekiranya penetrasi tidak begitu dalam semasa ejakulasi, sperma terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada sperma X kerana ia mampu tahan lebih lama jika perjalanannya lebih jauh.

Merujuk pada sifat sperma Y yang kedua pula, ia bergerak lebih aktif dalam persekitaran beralkali dan tidak mampu tahan lama terutamanya dalam persekitaran berasid. Mencuci di bahagian dalam faraj secara "vaginal douching" menggunakan air yang beralkali contohnya campuran air bersama sodium bikarbonat(serbuk penaik) 30 minit sebelum melakukan persetubuhan dapat meningkatkan tahap kealkalian faraj agar memberi kelebihan kepada sperma Y dan membantunya tahan lebih lama.

Faktor pemakanan secara teori juga boleh meningkatkan tahap kealkalian didalam faraj, anda perlu makan lebih banyak makanan yang meningkatkan kealkalian badan seperti sayur-sayuran seperti alfalfa, brocolli, kobis, kobis cina, saderi, timun, terung, bawang putih, salad, cendawan, bawang, bayam, labu, spirulina, keledek, tomato. Buah-buahan seperti epal, pisang, kelapa segar, buah kurma dan buah tin kering, tembikai, tembikai susu, pear, kismis, strawberry, buah-buahan sitrus, almond, buah berangan, rempah-ratus seperti rempah kari, kayu manis, halia, garam laut, herba-herba, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran, air mineral dan banyak lagi. Walaupun buah-buahan sitrus berasa masam tetapi ia bertindak meningkatkan kealkalian badan.

Anda juga perlu mengurangkan makanan yang meningkatkan tahap keasidan dalam badan seperti jagung, oat,roti, nasi, spaghetti, macaroni, buah zaitun, plum, prune, pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya, kacang kuda, kacang dhal, kacang merah, hasil tenusu seperti mentega, keju, aiskrim, mentega kacang, gajus, walnut, daging merah, sardin, kopi, minuman bergas, coca cola dan banyak lagi.

Anda tidak perlu makan semuanya dari kategori makanan beralkali, cuma pastikan makanan yang diambil lebih daripada kategori beralkali. Ini mungkin perlu sedikit penyesuaian dan kita perlu belajar makan makanan yang kita kurang gemari. Perlu diingatkan sekali lagi disini, setiap perancangan dan usaha perlulah disertakan dengan doa dan tawakal. Akhir kata, selamat mencuba dan jikalau ada apa-apa persoalan, anda boleh ajukan kepada saya diruangan komen dibawah.






Dipetik dari: http://drroslin.blogspot.com
Terima Kasih

October 4, 2010

its a GIFT...(-_-)

mmm...xsangka...bende yg aku rs selama yg xpnh pk selama ni aku telah laluinye...itulah tanda kasih n sayang aku ng kyol...ceeehhh...poyo lak ayat ni...xde la selalu org2 yg dh kawen mest ckp mcm ni...tap xkisah...whatever perasaannye pon...dia adalah 1 anugerah utk kami...mgkin sebagai peneman aku bile berjauhan ngn kyol...hehehehehe...mule2 tu rs mcm xsuke sbb aku x ready utk sume ni..
tap lama2 mcm dh bese...skang dh masuk 4bulan...kyol lah org paling heppie...xde yg buat aku heppie melainkan tgk dia heppie jugak...hehehehehehe...:p
Terima Kasih

August 12, 2010

kaki bengkak ketika hamil...oh mann!

ingat x ms mule2 aku rs len mcm ngn diri aku...cewaaaahhh...yela tibe2 kaki aku membengkak mcm org sakit gout pon de...mcm pesakit buah pinggang pn de...kat link ni...tap yg peliknye & menjada tanda ???..nape simptom kaki bengkak aku ni dh jad ms awal kehamilan...selalu mest nk dekat 8-9bulan baru nmpk kaki tu membengkak...tap dlm kes aku ni seawal 2bulan dh bengkak...magik...hahahaha...myb terlebih air sudahhh...

so kat sini aku de tips2 mcm mn nk elak dr kaki tu terus membengkak la kan...


Apa yang anda alami dikenali sebagai penyakit oedema. Ia adalah akibat cecair berlebihan yang terkumpul semasa kehamilan anda. Rahim anda yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena anda. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk.

Malangnya, ianya adalah mudah untuk mengalami penyakit oedema. Ianya juga agak biasa. Namun begitu, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada tangan dan muka anda, panggil doktor anda: Ianya mungkin tanda pra-eklampsia, sejenis penyakit yang serius.





Untuk mengawal penyakit oedema:

• Naikkan kaki anda bila boleh. Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda. Di rumah, cuba baring pada sebelah kiri anda bila berpeluang.

• Pakaikan seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi.

• Minumlah air yang banyak. Yang peliknya, apabila anda kekalkan hidratan ianya dapat membantu badan anda kurangkan penyimpanan air berlebihan.

Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menunggang basikal bersenam.

Makan makanan berkhasiat, dan jauhi sodium serta makanan yang bergaram seperti buah zaitun, ikan bilis dan kacang bergaram.

Serta jangan bimbang. Walaupun rupa buku lali yang bengkak akan menambahkan lagi rasa cemerkap anda, penyakit oedema adalah sesuatu keadaan sementara yang akan hilang sejurus selepas anda bersalin.

haaa hamikk...






Dipetik dari: http://www.babycenter.com.my
Terima Kasih

July 2, 2010

2 lines...

aku:mama kenapa kaki ni bengkak...kencing manis ke??
mama:apsal kaki ko mcm ni...ko kuat jalan x...
aku:xtau la...bile tekan2 dia tenggelam...sakit buah pinggang ke?
abah:ko jgn main2...sakit la pe..
mama:dah jom g klinik..tnya doktor...

sampai klinik lak...
aku:dok..nape kaki saya mcm ni ek??
doktor:awak de alah pe2 ke?makan ke?
aku:xde la...xde pe...cume pas kawen je jad mcm ni...
doktor:ooo..dh kawen ke...nmpak mcm x kawen...mmm...ngandung kot...
aku:issssshhh...dok ni xde la...xkan ngandung...(gile xnk tu)
mama:hehehehe...
doktor:xpe2...kite cek dulu...g amik air kencing...baru tau...

ngan muke cuak aku pn pegi...

doktor:hahahaha...mmm...awak ngandung la...ptt la...
aku:??????????????????????????????what?hbs sya nk watpe...
doktor:watpe...mcm tu jela...
mama:hahahaha...waaaa...bertambah cucu aku...hehehe...(suke tol mama)
aku:oh maannnn....
doktor:mmmm...dh 8minggu ni...anggaran je la...


mmm...aku pregnant weh...mcm mana ni?aku x bgtau kyo lagi...xtau pe aku rs...xsuke pn de..yela sbb aku x ready lg...tiiidaaaakkkk...aku x puas lg nk enjoy ngn kyo...dh la selama ni kami terpisah...kalu de bby mcm mn nk ber-2...mest kene pk bby,jalan bwk bby....arghhh...tap ni rezeki xleh nk tolak...mmm...kalu kyo tau mst dia suke...aku pn xtau bile nk bgtau...mmm...




akhirnye...selang 3hari baru aku bgtau kyo...aku wat2 ajak dia g kinik sume...padahal aku dh tau...mmm...mmg dia so sxcited...siap jerit kat kinik...pastu tibe2 dia nmpk sedih lak....sbb dia kate sape nk jg aku nnt...dh la jauh...dia risau katenye...mmm...nk wat mcm mn kene kuat semangat la...harap2 aku dpt hadapi dgn baik & dipermudahkan...alhamdulillah aku xde alahan+pitam+mabok sume...mgkin Tuhan nk senang kan aku yela...sbb jauh ngn hasben...i will try to try accept all this...for this moment still under cover....hmmm...sian bby...
Terima Kasih

L.O.N.A Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign