Pages

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

August 14, 2015

DELAY CORD CLAMP - MELEWATKAN PEMOTONGAN TALI PUSAT BAYI

Sebenarnye dh lama dok baca pasal Delay Cord Clamp ataupon Bahasa melayu nye melambatkan pemotongan tali pusat bayi…even aku dh 2 kali melahirkan ank. Ni baru aku rajin2 gugel psl DCC. Mana tau de rezeki lagi satu bole request kat doctor/bidan yg sambut baby nanti. Aminn..

Mostly kalu kite request kat doctor nak mintak delay ni, aku rasa doctor ok kot…mayb applicable kat hospital swasta. Gomen ni susah sket, sebabnye dorang ni banyak patient len lagi yang nak beranak. Kalu bole sume nak wat cepat2.





Lotus Birth & DCC

1. Lotus birth (lb) adalah amalan tidak memotong tali pusat bayi slps ibu bersalin dimana uri & talipusat disimpan sehingga tanggal sendiri dr pusat bayi.

2. Amalan tidak memotong tali pusat ini dipercayai bermula sekitar 1970an di amerika syarikat. Ia seterusnya dipopularkan oleh pasangan pengamal yoga yg menamakannya sbg 'lotus birth' dgn menghubungkaitkan simbol lotus (bunga teratai) yg mempunyai pengertian tertentu dgn kelahiran bayi.

3. Tujuan lb adalah untuk mengelakkan kesakitan pada bayi (dgn mengerat tali pusat) dan membiarkan tali pusat tertanggal secara semulajadi disamping dikaitkan mempunyai faedah2 tertentu.

4. Antara faedah2 yg dikatakan dapat diperolehi daripada amalan lb adalah : - Mempercepatkan penyembuhan & mencantikkan pembentukan pusat - Meningkatkan imuniti bayi  - Meningkatkan ikatan mak dan baby (kerana bayi yg masih bersambung dgn uri dpt duduk lebih lama dgn ibu tanpa sebarang gangguan)  Walaubagaimanapun setakat ini belum ada kajian saintifik yang dapat membuktikan faedah2 tersebut.

5. Kebanyakan pakar2 perubatan mengatakan amalan lb adalah berbahaya kerana meningkatkan risk of infection pada pusat bayi.

6. Setakat ini belum ada hukum/ijtihad ulama berkaitan amalan lb. Pengeluaran hukum/fatwa bg lb akan mengambilkira : - sejauh mana kebaikan vs kemudharatannya serta - Adakah lb hanya adat atau melambangkan prinsip agama tertentu

7. Menurut kajian delayed cord clamping (dcc) selama 3 minit mempunyai beberapa kebaikan utk bb antaranya :  higher birthweight, early haemoglobin concentration, and increased iron reserves up to six months after birth. Walaubagaimanapun kajian juga menunjukkan dcc boleh menyebabkan jaundis pd bayi.

8. Beberapa perbezaan timing dcc yang diketahui:
1. X potong langsung (dlm lb)
2. Delay tak melebihi 8jam 3. Delay selepas sejam
3. Delay 20 minit                     
4. Delay 2-3 minit (recommended practice in kkm facilities but may not be followed by some junior or reluctant MOs. )

So its our choice sebenarnye samada nak DCC or xnak...tap bagi pandangan aku,aku akan pilih DCC. LB mungkin x la...sebab kita pon tau kebaikan DCC ni apa. Sebab anak kite pilihan kite.

credit: http://joynhoney.blogspot.com

credit:beyondbirths.com
see perbezaan DCC, tali pusat yang DCC still nampak fresh n cantek


credit:yourbabybooty.com


Terima Kasih

June 26, 2015

10 PERKARA PENIAGA INSTAGRAM YANG ANNOYING...

sejak aku de IG macam2 manusia aku tgk...jual macam2...dari hujung rambut sampai hujung kaki...lepas tu IG ni pon bagus sebab kalau korang nak cari sesuatu...just hashtag je...ceewaahhh dah pandai sekrang ni... tap uollsss de satu perkara yang membuatkan aku sangat annoying...xla annoying sangat...tp mcm pfffftttt korang dah kenapa jah...desperate sangat ni...

kat sini aku nak listkan perkara-perkara yang sangat annoying pasal peniaga-peniaga kat IG. berniaga tu x salah uolls tap kalau dah macam gini gaya nye...bole pengsan tau x...


1)nak jual barang tapi ko private IG ko dah kenapa?macam mana orang nak tengok ape yang ko jual…kan senang kalu xyah private…nak kene follow2 bagai


2)dok review IG orang lain smpe x promote barang sendri…ko dah kenapa jah?satu hari smpe doploh kali ko review IG orang…nak meniaga ke xnak ni??sampai orang pon dah tak tahu dia jual apa…


3)dah la review IG orang…review atas review IG lagi…ni paling gelabah tahap gaban…dah macam MLM…de system pyramid…huhuhu…


4)Bahasa yang kadang over sopan dan gedik…’ok dear’ ‘ok cayang’…ingat pe kapel2 ke nak dear2 n cayang2 bagai…customer ade nama kot tak boleh ke Bahasa kan diri dengan nama…kadang-kadang customer dah beli 2-3kali pon still xtau nama dorang…shame on u!


5)manupulasi harga barang…padahal pusing2 xde murah pon sebenarnye..contoh: beli 1 rm50, beli 2 rm100… sape xtau matematik mmg korg kene tipu je la…motipnye dorg nk soh kite beli 2 sebenarnye…


6)Bahasa yang digunakan kasar dan agak berlagak…ingat customer ni rezeki korang…bahasa kena la cantic sket…


7)display macam2 benda kat IG…bila wassap tunjuk barang asik cakap sold out je…ko nak jual ke bergurau senda jah?


8)Peniaga pakaian terutamanye x alert dengan ukuran…bile tanya size atau ukuran bole pulak men agak-agak je…x bagi spesifik ukuran kat customer…pastu xleh return lak tu…wat naya kat orang jek uolls ni…xbaik tau.


9)dah nama berniaga kene la bersiap sedia dengan mental n kerenah customer yang macam2 ragam…jangan mengeluh kalau customer tu tnya 100 soalan sekalipun…ingat dorang tu sume Allah bagi nak uji kita je sebelum kita nak dapat rezeki yang melimpah ruah…ni baru tnya soalan sikit dh cop customer fussy la pe la…ko dah kenapa nok?


10)paling annoying uolls peniaga ni pergi menepek kat IG orang len pastu dok ‘visit my IG..visit my IG’…cube korang bayangkan…orang lain datang umah korang sok sibuk bentang tikar kerusi bising2 depan umah korang…suke?suke?xsuke kannn…







Terima Kasih

June 19, 2015

TIPS MINUM 8 GELAS SEHARI SEMASA BERPUASA

Agaknye belom terlambat lagi aku nk wish Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam…haaa…akhirnya bulan yang dinantikan oleh aku atau pon Muslim yang len dh tiba jugak…
Dalam berpuasa nak jugak kene jaga kesihatan seperti biasa…tap jgn over do it dh la…ikot kemampuan… selalu time puasa ni kite akn selalu dihidrat iaitu kekurangan air dalam badan. So mcm mn kite nak make sure sepanjang hari kite puasa kite dapat minum air secukupnye. Haa pelik ko…kate puasa tap dapat minum air secukupnye sehari 8 gelas. Magikkan?? Ok kat sini aku nak share mcm mn kite dapat minum 8 gelas sari time puasa ni. Tips ni aku dpt dri Kementerian Kesihatan Malaysia.


1)      1 gelas air selepas azan Maghrib





2)      1 selepas solat Maghrib





3)      1 gelas selepas makan





4)      1 gelas selepas solat Isyak





5)      1 gelas selepas solat Terawih




6)      1 gelas sebelum tidur





7)      1 gelas selepas bangun untuk sahur




8)      1 gelas selepas makan sahur



Nah…sape kate xbole minum 8 gelas sari ms puasa…jgn uoll gi togak air tu pulak…hahahaha…ok selamat berpuasa uolls…





Terima Kasih

June 11, 2015

TIPS DAN PANDUAN MENDIDIK ANAK-ANAK 1 HINGGA 6 TAHUN



kat sini aku nk share satu tips or kaedah mcm mn kite as a parents untuk mendidik or mengajar anak2 kite dri kecik lagi...kata pepatah 'meluntur buluh biar dari rebungnya'... betol x?? so as parents kite kene bijak dan kreatip untuk mendidik anak2 kita supaya ke arah yang lebih baik...





















Terima Kasih

June 3, 2015

LATIHAN ATAU SENAMAN YANG WAJIB UNTUK KELIHATAN GOJES

skang ni rasanye ramai dh tau aktiviti2 senaman atau work out yang membolehkan uolls kelihatan gojes ala2 Scarlett...sape tu?? g la gugel...
Exercise yang ngah fames skang ni ialah Squat..pe jadah nama Squat tu...ni bukan skuad polis tu ye...tu utk abang2 polis or tentera je...

Squat ni dlm bahasa wikipedia nye ialah:

In strength training and fitness, the squat is a compound, full body exercise that trains primarily the muscles of the thighs, hips and buttocks, quadriceps (vastus lateralis, vastus medialis, vastus intermedius and rectus femoris), hamstrings, as well as strengthening the bones, ligamentsand insertion of the tendons throughout the lower body. Squats are considered a vital exercise for increasing the strength and size of the legs and buttocks, as well as developing core strength. Isometrically, the lower back, the upper back, the abdominals, the trunk muscles, the costal muscles, and the shoulders and arms are all essential to the exercise and thus are trained when squatting with the proper form.[1]
The squat is one of the three lifts in the strength sport of powerlifting, together with deadlifts and bench press.





kalu dlm bahasa melayu nye umpama uolls dok mengcangkuk tapi separuh...ko mampu buat??
hahahaha...tap kesan dri exercise ni uolls akan dapat hasil yang sangat la superb...especially untuk mak2 yang dh bersalin anak 2-3 org...kompom gojes uolls.

kat sini nk share sket exercise2 len yang uolls bole wat kat umah...kat opis pon bole tu pon kalu boss uolss x marah kan...hehehehehe...

credit to: @shrinkingjeans.net






Terima Kasih

May 22, 2015

KELEBIHAN MINUM TEH HIJAU SETIAP HARI




Apa itu teh hijau??teh berwarna hijaukah?teh ais kah?teh o beng ka?hehehhee…lately aku lepas makan mesti minum teh hijau Bahasa omputihnye GREEN TEA…hehehe…dulu mcm rasa xleh telan je green tea ni…tap bile tgk opismate ni dok hari2 minum aku pon try…kebetulan kat pantry opis mmg de sediakan green tea…so alang2 free aku bedal je la siang smpe petang…

Sebenarnye aku dh lama tau kebaikan kalau amal green tea ni cume malas n sikap yg xsuke kpd air xsedap…teh ais aku minum la uollss…so biasa la kadang2 kite sedar x bende yang sedap2 ni la x baik untuk kesihatan…betol uolls…

Salah satu rahsi lagi yang selalu aku dok baca green tea sgt la sesuai untuk sape2 yang plan utk loose weight...sbb dengan kandungan yang dpt membuang toksin dalam badan kite dan green tea mengandungi 0 kalori uolls...xrugi la klu uolls nak minum brp gelen pn sbb green tea 0 kalori...

Meh aku share pe kelebihan kalu kite amalkan minum green tea ni…

1. Berat Badan.
Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes.
Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung
Para saintis berpendapat, teh hijau  menjaga saluran darah  lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

4. Kanser
Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh  mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5.Kolesterol
Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik  di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6.Alzheimer dan Parkinson.
Teh hijau dikatakan  mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.  Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi.
Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau bolehmemusnahkan bakteria dan virus  yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8.Tekanan darah.
Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan.
Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenangkepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria.
‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit  termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit.
Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.



ni la green tea aku...huhu






Terima Kasih

May 19, 2015

5 JENIS DIET MALAYSIA




Diet-diet…sume org kalu tengok sume berkejar2 nk diet…supplement or ubat2 pon mcm jual kacang putih mamak tepi jalan laku gile…de yg berkesan 2bulan de yg berkesan 2minggu…2hari pon de..ko mampoo??gile ke 2hari ko boleh kurus…jari jelingking je la yg kurus…huhuhu…sebenarnye rakyat Malaysia kebanyakannye bijak2…mcm2 cara yang dorg wat untuk Nampak kurus or jad kurus..kat sin ink citer jenis2 cara diet yang fames kat Malaysia ni…ni sumber dri Kevin sendri yang menyenaraikan jenis diet yang fames kat Malaysia…jom kite tengok…
.
.
.
.
.
.
.
.

.


1. Diet Atkin



Diet ini memang popular dan kini juga menjadi asas diet bagi produk suplemen Malaysia popular Alpha Lipid SDII. Secara am, konsep diet atkin adalah mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak – proses ini dinamakan ketosis.

Diet atkin membolehkan seseorang turun dengan cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, dan membawa kepada penurunan berat badan. Pada masa yang sama, pengurangan pengambilan karbohidrat akan memaksa badan untuk membuang air dengan banyak.

Pada awal-awal, anda boleh kurangkan 3-4kg seminggu tapi itu bukan 100% lemak, sebenarnya ia lebih kepada pembuangan air hasil daripada pengurangan makanan berkarbohidrat…
Hati-hati kerana kalau anda berhenti diet Aktins dan beralih kepada pemakanan karbohidrat yang lebih “biasa”, berat badan anda naik dengan cepat semula disebabkan water retention. Ini lebih kurang macam “carbo loading” yang diamalkan oleh atlit larian marathon.

2. Diet Detox


Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.

Program 7hari detox bersama Juvanex agak fames gak...hanya 7hari katenye...huhuhu...7hari bukan bole kurus weh...tp dlm ms 7hari segala toksin2 dlm badan tu dapat di keluarkan...


Lagi satu yg agak fames...supplement Shaklee iaitu Herb-Lax...ni mmg super duper detox badan n saluran pencernaan kita...mcm mn aku tau?sbb aku pn de consume mmg tip top meletop time dia detox badan uolls...




3. Diet mengikut jenis darah
Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.

Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. 

Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.



Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

4. Diet seimbang



Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.

Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

Memakan diet yang seimbang boleh meringankan masalah kesihatan termasuk masalah jantung, artritis, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Badan yang seimbang dari segi mental dan fizikal boleh mengakibatkan kecergasan dan kekuatan yang lebih, membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Orang yang lebih aktif dan bertenaga juga dapat menangani lebih baik stress, trauma, kebimbangan dan lan-lain

Walaupun anda makan diet yang seimbang, pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian anda. Kalau tidak, diet seimbang pun boleh menggemukkan.

5. No rice diet



Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata. Sila rujuk article disini terdahulu tentang kalori no rice diet. 

Nasi tidak bersalah tetapi saiz hidangan nasi yang diambil menjadi faktor utama dalam pengawalan kalori seseorang. Menghentikan sesuatu nutrisi dalam pemakanan kita bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak berkesan untuk jangka masa yang lama kerana nasi adalah makanan ruji orang asia.

Mengikut petua diet Kevin sewajarnye mengambil segenggam nasi sahaja...bukan la ko g amik seperiuk nasi...mmg la xkurus...kurus is subjektif...yang penting sentiasa sihat dan cergas...

haaa ko nampak Kevin tunjum penumbuk tu...




Terima Kasih

KEBAIKAN MINUM AIR LEMON SETIAP PAGI






Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Terima Kasih

May 18, 2015

GADJET: STRAVA UNTUK SI PELARI

Strava adalah aplikasi mudah alih yang digunakan untuk mengesan aktiviti olahraga melalui GPS. Aktiviti yang paling popular yg selalu digunakan adalah aktiviti berbasikal dan berjalan.Aplikasi asas adalah percuma tetapi terdapat terdapat beberapa aplikasi di dalamnye adalah berbayar. Kedua-dua atlet amatur dan profesional boleh didapati sebagai ahli dan pengguna strava ni..


Klu sebut strava di kalangan org2 yg sering jogging or cycling dorng mesti paham..sbb apps ni membantu mereka2 ni merekod dan monitor aktiviti dorg…aku jugak salah seorg yg menggunakan aplikasi Strava ni…ye la bajet2 atlit gitu…so aku nak ceritakan komponen2 dlm apps ni…ceehhh mcm pro jek…




HAAA ni rupe ikon strava...korng bole cari kat Google Apps Store...
cth gambar ni utk Iphone aku...



lagi satu untuk gunakan apps ni kat phone korg mesti de internet sbb memerlukan GPS ye...kang penat je lari x dpt nk rekod dh berapa KM korang berlari o cycling... Strava dpt merekod aktiviti korang seperti:
1) laluan or path yg korang lalui...mcm de maps gitu
2) ketinggian or elevation untuk bukit2 yg korang lalu
3) kelajuan berlaria atau berbasikal
4) timing
5) berapa kalori yg korg burn utk stp aktiviti tu


permulaan untuk memulakan aktiviti


haaa ni la kelajuan yg akn di catatkan utk stp KM yg korg lalu

ni pulan mcm challenge plan utk setiap bulan


ok ni contoh larian yg aku telah buat


nampak x kat situ berapa KM, masa, kelajuan dan kalori yg aku burn untuk aktiviti ni...


so apps ni sgt la aku rekemen kat sape2 yg berjiwe sukan untuk tahu tahap pencapaian korang...mungkin makin maju o sebaliknye....






Terima Kasih

May 14, 2015

REVIEW BLOG BY LONA@

Hari ni nak start review blog bg pemenang2 segmen aritu…fuh nebes lak…sebb kene wat research n kaji blog dorg ni baru la kite bole review…silap review mau kene ketuk kepala ngn owner blog…hahahhahaa…firstly, nak ckp time kasih byk2 kepada yg join segmen ni…even x ramai tap terharu sgt…kepada pemenang andai kata de salah n silap time review mohon maap ye…
Tujuan sebenar adalah nak meluaskan lagi kenalan blogger2…semoga kite menjaga silaturahim ni…cewaahhh mcm ceramah agama lak…kehkehkeh…



Mimamimoth

Nama blogger ni ima…dpd profile pic ima baru je tamat belajar…kat blog ima ni banyak tips2 n petua2 yg dia share kat blog dia…waahhh best tu…especially sape2 yg still student n cikgu2 ima de share Bahan2 mengajar…cth:kosa kata, vocab n petua2 kat dapur…lagi satu design blog ima nip on sejuk je mata memandang pinkish2 gitu…so jom kite terjah blog ima kat http://imamimoth.blogspot.com/




♕CatatanHati93♕Story♕

Ok blogger yg ke-2 nama dia Wani berasal dri Pahang…hehehhee…ni based dri profile dia la…klu salah bgtau ye…hehehehe…blog wani sgt la meriah pinkish gitu…pandai dia design blog dia…kalu nak tau wani ni mengambil tempahan untuk membuat design blog cth:banner, header & etc…klu korg berminat nk tempeh apa2 design leh g blog dia…kat sana dia de bgtau cara2 mcm mn nk tempah…lagi satu wanie ni suke join segmen2 dan giveaway…kalu korg nk tau update apa2 psl GA or segmen bole follow dia…ok jom kite ramai2 serbu blog wani kat http://catatanhati93.blogspot.com/



Diari Jejaka Hangat™


waaa....tgk nama pon dh hangat gitu...blogger ke-3 ni satu2 nye lelaki yg menang dlm segmen ni...tgk gambar sehangat nama blog dia...kehkeh...gurau jek...ok nama dia Mohamad Khairil tap selalu dia gelaran diri dia Angah klu dlm blog...dia berasal dri Kedah...haaa klu adik2 manis nk berkenalan leh la g blog Angah...Angah de bgtau pasal dia dia...ala2 bioata gitu...hehehhee...rasanye blogger2 mest dh familiar ngn blog Angah...kat blog Angah byk jugak dia share mcm2 info yg bagus...kalu 
uolls nak tau bole singgah kat blog Angah kat http://www.diarijejakahangat.com/
hangat x???hehehehhee




Miss BaNu StoRy

ok...blog terkahir untuk segmen ni ialah Miss Banu...apa yg menarik blog dia...bile uolls masok de lagu2...hehehhe...fefeling kejap...design blog Banu pon sgt cantek...suke tgk....pe yg sgt spesial ngn blog Banu dia suke review cerite2 Korea...waaahhh byk gile kot cite korea yg Banu review n share...so sape2 yg peminat tegar citer Korea uolls bole je pegi blog Banu...kat situ de list cerite Korea yg dh direview Banu...best kan...hehehehhee...bukn tu je Banu jugak byk share info2 yang sgt bergune...jom kite g singgah blog Miss Banu kat http://mulan-sahbanu.blogspot.com/





so uolls..jom singgah blog dorang ni...best tau...byk ilmu pengetahuan yg kite dapat...semoga blogger2 di atas dilimpah pahala yang banyak sbb byk share ilmu n info yang berguna...

Akhir sekali lona nk mohon maap kalu de salah dan silap k...

Terima Kasih

May 13, 2015

JADUAL PERANCANGAN @ TO DO LIST...

sape kat sini yg jadual dia terlalu padat??xkisah la jadual belajar ke kelas tambahan ke kerja ke...setiap apa yang kite buat mesti de perancangan...betol x? baru la kerja2 kite sume dpt dibuat n diselesaikan dalam masa yang sepatutnye... maksudnye kene la sistematik... jangan kejap buat A pastu xhabis g buat B pulak...kalau mcm tu sampai bile nak habis keje kite ni...

perancangan tu sangat la penting...sbb x sume bende n perkara tu mustahak...kadang2 de perkara tu perlu didahulukan berbandng perkara lain...ini lah gunanye Jadual Perancangan ataupon kate omputihnye To-Do-List...

sape kat sini yg mmg selalu listkan apa perkara yang dia kene wat...eh sape kate yg dok umah x perlu bende ni...even kerja2 rumah pon kite kene list kan mana kite nak wat untuk hari ni...pe yg patut kite wat dulu...barulah sistematik orang kata...

jadual ni bukan sahaja untuk budak2 sekolah or kolej...org dh keje mak2 bapak2 pn perlu...baru kite akan nampak berapa banyak lagi kerja2 yg perlu kite selesaikan pada hari2 tertentu...

haaa,,,berderet keje ko nak kene siapkan...hehehhee

ok kat sini lona nak share satu Jadual Perancangan mcm jadual yg dh ready made...sbb sepupu Lona nk cikgu so dia bnyak bantuan mengajar...cikgu kan...ok sape2 yang berminat nk carta/jadual ni bole je download kat sini...

cantek kan??

ok selamat berjadual...hehehehe


Terima Kasih

May 5, 2015

TIPS MUDAH DIET MALAYSIA BY KEVIN ZAHRI



Terima Kasih

L.O.N.A Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign